Husqvarna 120iTK4-P Manuel D'utilisation page 644

Masquer les pouces Voir aussi pour 120iTK4-P:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 129
semua bahagian kitaran pengendalian seperti masa
ketika alat dihentikan dan ketika alat melahu selain
picu).
Penggunaan dan penjagaan alat berkuasa
Jangan menggunakan paksaan pada alat berkuasa.
Gunakan alat berkuasa yang betul untuk kerja anda.
Alat berkuasa yang betul adalah lebih berkesan dan
selamat seperti mana direka bentuk.
Jangan menggunakan alat berkuasa jika suis tidak
dapat menghidupkan atau mematikannya. Sebarang
alat berkuasa yang tidak dapat dikawal dengan suis
adalah berbahaya dan mesti dibaiki.
Cabut plag daripada sumber kuasa dan/atau pek
bateri daripada alat berkuasa sebelum membuat
sebarang pelarasan, menukar aksesori atau
menyimpan alat berkuasa. Langkah keselamatan
pencegahan ini mengurangkan risiko menghidupkan
alat berkuasa secara tidak sengaja.
Simpan alat berkuasa yang melahu jauh daripada
kanak-kanak dan jangan benarkan orang yang tidak
biasa dengan alat berkuasa atau dengan arahan ini
untuk menggunakannya. Alat berkuasa adalah
berbahaya di tangan pengguna yang tidak mahir.
Menyenggara alat berkuasa. Periksa ketidakjajaran
atau ikatan bahagian yang bergerak, bahagian
pecah dan keadaan lain yang mungkin memberikan
kesan kepada operasi alat berkuasa. Jika rosak,
pastikan alat berkuasa dibaiki sebelum digunakan.
Banyak kemalangan disebabkan penyelenggaraan
alat berkuasa yang tidak betul.
Pastikan alat pemotong sentiasa tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga rapi dengan hujung
pemotong tajam sukar terikat dan lebih mudah
dikawal.
Gunakan alat berkuasa, aksesori dan bahagian lain
dll. menurut arahan ini, dengan mengambil kira
keadaan kerja dan kerja yang perlu dilaksanakan.
Penggunaan alat berkuasa untuk operasi yang
berbeza daripada fungsi asalnya mungkin boleh
membahayakan.
Pastikan pemegang dan permukaan pemegang
kering, bersih serta tiada minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan alat
yang selamat dalam situasi yang tak terduga.
Penggunaan dan penjagaan alat bateri
Hanya cas semula dengan pengecas yang
ditentukan oleh pengilang. Pengecas yang sesuai
untuk satu jenis pek bateri mungkin mewujudkan
risiko kebakaran apabila digunakan dengan pek
bateri lain.
Hanya gunakan alat berkuasa dengan pek bateri
ditetapkan yang khusus. Penggunaan pek bateri lain
mungkin mewujudkan risiko kecederaan dan
kebakaran.
Apabila pek bateri tidak digunakan, jauhi pek bateri
daripada objek logam lain seperti klip kertas, syiling,
kunci, paku, skru atau objek logam kecil lain yang
644
boleh membuat sambungan dari satu terminal ke
terminal lain. Perbuatan memintas terminal bateri
mungkin menyebabkan kelecuran atau kebakaran.
Dalam keadaan salah guna, cecair mungkin
terkeluar dari bateri; elakkan daripada terkena
cecair. Jika terkena secara tidak sengaja, bilas
dengan air. Jika cecair terkena mata, minta bantuan
perubatan tambahan. Cecair yang terkeluar dari
bateri mungkin menyebabkan keradangan atau
kelecuran.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang rosak
atau yang telah diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin mempamerkan tindakan luar
jangkaan yang boleh menyebabkan kebakaran,
letupan atau risiko kecederaan.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada api
atau suhu melampau. Pendedahan kepada api atau
suhu yang melebihi 130 °C / 265 °F boleh
menyebabkan letupan.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan cas pek
bateri atau alat di luar julat suhu yang dinyatakan
dalam arahan. Pengecasan yang tidak betul atau
pada suhu di luar julat yang ditentukan mungkin
akan merosakkan bateri dan meningkatkan risiko
kebakaran.
Servis
Pastikan alat berkuasa anda diservis oleh orang
yang berkelayakan menggunakan alat ganti sama
sahaja. Ini akan memastikan keselamatan alat
berkuasa akan terjamin.
Jangan servis pek bateri yang rosak. Tindakan
menservis pek bateri hendaklah hanya dilakukan
oleh pengeluar atau pembekal servis yang
diluluskan.
Amaran keselamatan pemangkas galah -
keselamatan peribadi
Pastikan semua bahagian badan jauh dari rantai
gergaji semasa menggunakan pemangkas galah.
Sebelum anda memulakan pemangkas galah,
pastikan bahawa rantai gergaji tidak tersentuh apa-
apa. Kelalaian semasa mengendalikan pemangkas
galah boleh menyebabkan pakaian atau badan anda
terlilit dengan rantai gergaji.
Sentiasa pegang pemangkas galah secara stabil
dengan tangan kanan anda berada pada pemegang
belakang dan tangan kiri pada pemegang hadapan.
Memegang rantai gergaji rantai dengan konfigurasi
tangan songsang boleh meningkatkan risiko
kecederaan diri dan tidak seharusnya dilakukan.
Pegang pemangkas galah pada permukaan
pemegang berinsulasi sahaja, kerana rantai gergaji
mungkin bersentuhan dengan wayar tersembunyi
atau kordnya. Rantai gergaji yang terkena wayar
"hidup" boleh menyebabkan bahagian logam
terdedah pada pemangkas galah "dihidupkan" dan
menyebabkan kejutan elektrik kepada pengendali.
Pakai pelindung mata. Kelengkapan pelindung
lanjutan untuk pendengaran, kepala, tangan, kaki
707 - 008 - 06.04.2021

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières