Philips AVENT SCF330 Mode D'emploi page 26

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF330:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 37
Lakukan
-
Periksa suhu susu sebelum anda memberinya kepada bayi anda.
-
Buang semua baki susu yang tinggal di akhir penyusuan.
Jangan
-
Jangan sekali-kali memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, kerana ini boleh
menyebabkan pemanasan susu yang tidak sekata. Ini juga boleh memusnahkan nutrien di dalam susu.
-
Jangan sekali-kali merendam cawan simpanan di dalam air mendidih, kerana ini boleh
mengakibatkan cawan merekah.
-
Jangan sekali-kali mengisi cawan dengan air mendidih. Biarkan air menjadi sejuk selama lebih
kurang 20 minit sebelum anda menuangnya ke dalam cawan simpanan.
Pembersihan dan penyahjangkitan
Awas: Cuci tangan anda dengan menyeluruh sebelum menyentuh item yang telah dinyahjangkit
dan pastikan permukaan di mana anda meletakkan item yang telah dinyahjangkit tersebut juga
adalah bersih.
Bersihkan dan nyahjangkit semua bahagian produk pam susu badan ini sebelum menggunakannya
buat pertama kali. Bersihkan semua bahagian ini selepas setiap penggunaan dan nyahjangkit
semua bahagian sebelum setiap penggunaan yang seterusnya.
1 Tanggalkan semua bahagian pam susu badan dengan sepenuhnya. Tanggalkan juga injap putihnya.
Awas: Berhati-hati semasa anda menanggalkan injap putih dan semasa membersihkannya.
Jika injap tersebut rosak, pam susu badan anda tidak akan berfungsi dengan betul. Untuk
mengeluarkan injap putih, tarik dengan perlahan di tab beralur di sisi injap.
2 Bersihkan semua bahagian di dalam air panas dengan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk
lembut dan bilas dengan teliti. Anda juga boleh membersihkan semua bahagian ini di dalam
mesin basuh pinggan mangkuk (di rak atas sahaja). Jangan letak apa-apa objek lain di atas
bahagian-bahagian ini.
Nota: Untuk membersihkan injap, gosoknya dengan perlahan antara jari jemari anda dalam air
suam dengan sedikit cecair pencuci. Jangan masukkan objek ke dalam injap kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan.
3 Nyahjangkit semua bahagian di dalam pensteril stim Avent Philips atau dengan mendidihkannya
selama 5 minit. Untuk mendidih, isi periuk biasa dengan air yang secukupnya untuk menutup
semua bahagian. Masak air hingga mendidih. Letakkan bahagian-bahagian itu dalam periuk
biasa dan didih selama 5 minit. Semasa penyahjangkitan dengan air mendidih, elakkan botol
atau bahagian lain daripada menyentuh tepi periuk. Ini boleh menyebabkan perubahan bentuk
atau kerosakan kekal pada produk yang Philips tidak boleh dipersalahkan. Benarkan air untuk
sejuk dan keluarkan bahagian daripada air. Letakkan bahagian-bahagian tersebut dengan
kemas di atas tuala kertas yang bersih atau dalam rak pengering yang bersih dan biarkan udara
mengeringkannya. Elak daripada menggunakan tuala kain untuk mengeringkan bahagian kerana
tuala tersebut boleh membawa kuman dan bakteria yang berbahaya kepada bayi anda.
Nota: Jangan gunakan agen pembersih yang melelas atau antibakteria.
Nota: Kepekatan detergen yang melampau boleh menyebabkan komponen plastik untuk retak.
Sekiranya ini berlaku, gantikan dengan segera.
Nota: Pewarna makanan mungkin akan mengubah warna bahagian.
Nota: Cawan simpanan dan botol Philips Avent adalah sesuai untuk semua kaedah
penyahjangkitan.
Bahasa Melayu
27

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières