Philips AVENT SCF330 Mode D'emploi page 25

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF330:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 37
26
Bahasa Melayu
Selepas digunakan
Menyimpan susu badan
Amaran: Hanya simpan susu badan yang dikumpulkan dengan pam yang telah
dibersihkan dan dinyahjangkit.
Susu badan boleh disimpan dalam peti sejuk (bukan di pintunya) selama 48 jam. Susu yang diperah
harus disejukkan dengan serta-merta. Jika anda menyimpan susu dalam peti sejuk untuk ditambah
pada hari tersebut, hanya tambahkan susu yang telah diperah ke dalam botol yang telah
dinyahjangkit atau bekas simpanan susu badan. Susu badan dapat disimpan di dalam penyejuk
beku sehingga tiga bulan asalkan susu itu disimpan di dalam botol yang telah dinyahjangkit yang
dipasang dengan gelang skru yang dinyahjangkit dan cakera pengedap atau di dalam cawan
simpanan yang dinyahjangkit. Labelkan botol atau cawan simpanan secara jelas dengan tarikh dan
masa perahan serta gunakan susu badan yang lebih lama dahulu.
Jika tidak bercadang untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan yang diperah dalam masa
48 jam, anda boleh menyimpan susu badan tersebut dalam peti sejuk dalam cawan simpanan atau
botol Philips Avent yang dipasang. Buka skru botol atau cawan simpanan dan keluarkan ia daripada
badan pam.
1 Masukkan cakera pengedap yang sudah dinyahjangkit ke dalam gelang skru yang telah
dinyahjangkit dan skrukan pada botol (Raj. 15). Kedapkan puting dengan penutup.
2 Pasang puting yang telah dinyahjangkit dan skrukan gelang ke atas botol (Raj. 16) atau cawan
simpanan mengikut arahan berasingan yang disediakan bagi botol atau cawan simpanan dan
ketatkan puting dengan tudung.
3 Sekiranya cawan simpanan disertakan dengan pam susu badan manual, pasangkan penutup
skru pada cawan simpanan tersebut. Pastikan anda menutupnya dengan betul untuk
mengelakkan kebocoran (Raj. 17).
Lakukan
-
Sejukkan atau sejuk bekukan susu yang diperah dengan serta-merta setiap kali.
-
Hanya simpan susu yang dikumpulkan dengan pam susu badan yang dibersihkan dan
dinyahjangkit di dalam botol yang telah dibersihkan.
Jangan
-
Jangan sekali-kali menyejukbekukan semula susu badan yang telah dinyahbeku.
-
Jangan sekali-kali menambah susu badan yang baru ke dalam susu badan yang telah beku.
Memberikan bayi anda susu badan yang diperah
Anda boleh menyuap bayi anda dengan susu badan daripada cawan simpanan dan botol Philips
Avent:
1 Jika anda menggunakan susu badan yang dibekukan, biarkan ia ternyahbeku sepenuhnya
sebelum anda memanaskannya.
Nota: Dalam keadaan kecemasan, anda boleh menyahbeku susu itu di dalam mangkuk berisi air
panas.
2 Panaskan botol atau cawan simpanan dengan susu badan sejuk atau dinyahbeku di dalam
mangkuk berisi air panas atau di dalam pemanas botol.
3 Tanggalkan gelang skru dan cakera pengedap dari botol atau tanggalkan penutup dari cawan
simpanan.
4 Jika anda menggunakan cawan simpanan, skrukan gelang penyesuai ke atas cawan.
5 Skrukan gelang skru yang telah dinyahjangkit dengan puting yang telah dinyahjangkit pada botol
atau cawan simpanan dengan gelang penyesuai.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières