Philips AVENT SCF330 Mode D'emploi page 21

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF330:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 37
22
Bahasa Melayu
Amaran
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan pam susu
badan ini.
-
Periksa pam susu badan, termasuk untuk tanda-tanda kerosakan sebelum setiap penggunaan.
Jika guna pam susu badan jika ia tidak berfungsi dengan betul.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengantuk.
-
Jangan dedahkan pam susu badan kepada kepanasan melampau dan jangan biarkannya
terdedah kepada cahaya matahari langsung.
-
Jika anda ibu yang dijangkiti Hepatitis B, Hepatitis C atau Virus Imunodefisiensi Manusia (HIV),
memerah susuh tidak akan mengurangkan atau menyingkirkan risiko menjangkitkan virus ini
kepada bayi anda melalui susu badan.
Cawan simpanan Philips Avent, botol Natural, penutup,
gelang skru dan puting
Untuk keselamatan dan kesihatan anak anda
AMARAN!
-
Pastikan produk ini digunakan dengan pengawasan orang dewasa setiap kali.
-
Penyedutan cecair yang berterusan dan berpanjangan akan menyebabkan kereputan gigi.
-
Sentiasa periksa suhu makanan sebelum memberi makan.
-
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan bahagian-bahagian kecil atau berjalan/berlari
semasa menggunakan botol atau cawan.
-
Botol boleh pecah jika terjatuh.
-
Untuk botol kaca: Botol kaca boleh pecah.
-
Jangan letakkan botol atau cawan simpanan dalam ketuhar panas atau di atas sebarang
permukaan panas lain.
-
Jangan sekali-kali menggunakan puting susu sebagai puting penenang bayi, untuk mengelak
daripada bahaya tercekik.
-
Periksa botol dan puting penyusuan setiap kali sebelum menggunakannya dan tarik puting
penyusuan dalam semua arah untuk mencegah bahaya tercekik. Buangkannya dengan segera
jika anda ternampak kerosakan atau kelemahan padanya.
-
Jangan biarkan puting penyusuan di bawah pancaran matahari atau haba secara langsung atau
biarkannya dalam penyahjangkit (larutan pensteril) lebih lama daripada tempoh yang disyorkan,
kerana ini boleh melemahkan puting tersebut.
-
Pastikan semua komponen yang tidak digunakan jauh dari jangkauan kanak-kanak.
-
Bersihkan dan nyahjangkit sebelum setiap penggunaan.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières