Peringatan Untuk Keselamatan - Toshiba RAS-13 16N3KCV Serie Manuel D'installation

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 19

PERINGATAN UNTUK KESELAMATAN

PERINGATAN UNTUK KESELAMATAN
Kord bekalan kuasa bagi bahagian-bahagian alatan untuk kegunaan di luar rumah hendaklah sekurang-kurangnya jenis kord mudah lentur polikloroprin
bersarung (reka bentuk H07RN-F), atau kord bertanda 60245 IEC66 (1.5 mm
AWAS
PENYAMAN UDARA INI MENGGUNAKAN BAHAN PENYEJUK HFC BARU (R410A), YANG TIDAK MEROSAKKAN LAPISAN OZON.
Bahan penyejuk R410A sesuai dengan persekitaran yang terjejas oleh bendasing seperti air, membran pengoksidaan, dan minyak kerana tekanan
bahan penyejuk R410A ialah kira-kira 1.6 kali ganda tekanan bahan penyejuk R22. Selain daripada penggunaan bahan penyejuk baru ini, minyak mesin
penyejuk juga telah ditukar. Oleh itu, semasa kerja pemasangan, pastikan air, habuk, bahan penyejuk lama, atau minyak mesin penyejuk tidak memasuki
kitaran penyejukan penyaman udara dengan bahan penyejuk baru ini.
Bagi mengelakkan percampuran bahan penyejuk dan minyak mesin penyejuk, saiz port pengecasan yang menyambungkan bahagian-bahagian pada
unit utama adalah berbeza dengan saiz port pengecasan bagi unit yang menggunakan bahan penyejuk lama, dan peralatan yang berbeza saiznya juga
diperlukan. Untuk menyambungkan paip, gunakan bahan paip dengan keupayaan untuk tahan tekanan tinggi yang baru dan bersih, yang direka khas
untuk R410A, dan pastikan air dan habuk tidak masuk. Selain itu, jangan gunakan sebarang paip sedia ada kerana ia mungkin tidak tahan dengan
tekanan tinggi dan mungkin mengandungi kekotoran.
BAHAYA
• UNTUK DIKENDALIKAN OLEH ORANG YANG BERTAULIAH SAHAJA.
• TUTUP BEKALAN KUASA UTAMA SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG KERJA ELEKTRIK. PASTIKAN SEMUA SUIS KUASA TELAH DITUTUP.
KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN BOLEH MENYEBABKAN RENJATAN ELEKTRIK.
• SAMBUNGKAN KABEL SAMBUNGAN DENGAN BETUL. JIKA KABEL SAMBUNGAN DISAMBUNG DENGAN SALAH, BAHAGIAN-BAHAGIAN
DALAMAN ELEKTRIK BOLEH MENJADI ROSAK.
• PASTIKAN WAYAR BUMI TIDAK PUTUS ATAU TERTANGGAL SEBELUM MEMASANG ALAT INI.
• JANGAN PASANG DEKAT DENGAN TEMPAT YANG ADA TUMPUAN GAS ATAU WAP GAS YANG MUDAH TERBAKAR. KEGAGALAN MENGIKUT
ARAHAN INI BOLEH MENYEBABKAN KEBAKARAN ATAU LETUPAN.
• UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA BERLAKU PEMANASAN LAMPAU TERHADAP UNIT DALAM RUMAH DAN MENYEBABKAN BAHAYA
KEBAKARAN, LETAKKAN UNIT TERSEBUT JAUH (MELEBIHI 2 M) DARI SUMBER-SUMBER HABA/KEPANASAN SEPERTI RADIATOR, ALAT
PEMANAS, RELAU, DAPUR, DLL.
• APABILA HENDAK MENGALIHKAN ALAT PENYAMAN UDARA INI UNTUK DIPASANG DI TEMPAT LAIN, BERHATI-HATILAH SUPAYA BAHAN
PENDINGIN YANG TELAH DISEBUTKAN (R410A) SERTA BAHAN-BAHAN GAS LAIN TIDAK MASUK KE DALAM KITAR PENDINGINAN. JIKA UDARA
ATAU GAS LAIN BERCAMPUR DI DALAM BAHAN PENDINGIN,TEKANAN GAS DALAM KITAR PENDINGINAN MENJADI TERLAMPAU TINGGI DAN
BOLEH MEYEBABKAN PAIP PECAH DAN MENGAKIBATKAN KECEDERAAN.
• JIKA BERLAKU KEBOCORAN GAS PENDINGIN DARI PAIP SEMASA PEMASANGAN, LALUKAN UDARA SEGAR KE DALAM BILIK DENGAN
SEGERA. JIKA GAS PENDINGIN DIPANASKAN OLEH API ATAU SEBAGAINYA, IA BOLEH MENGHASILKAN GAS BERACUN.
AMARAN
• Jangan sekali-kali mengubahsuai alat ini dengan menanggalkan mana-mana adang keselamatannya atau dengan memintas mana-mana suis saling
kunci keselamatannya.
• Jangan pasang alat ini di tempat yang tidak mampu menanggung beratnya. Kecederaan diri atau kerosakan kepada harta benda boleh berlaku
sekiranya alat ini jatuh.
• Sebelum melakukan sebarang kerja elektrik, pasangkan palam yang dibenarkan kepada wayar bekalan kuasa. Pastikan juga yang alat tersebut
dibumikan dengan betul dan sewajarnya.
• Alat ini hendaklah dipasang menurut peraturan-peraturan pendawaian negara. Jika terdapat sebarang kerosakan, jangan pasang alat ini. Hubungi
wakil penjual TOSHIBA dengan segera.
• Jangan gunakan sebarang bahan penyejuk untuk melengkapkan atau mengganti selain daripada bahan penyejuk yang telah ditentukan.
Jika tidak, tekanan yang luar biasa tinggi mungkin terhasil dalam kitaran penyejukan, yang akan mengakibatkan kegagalan atau letupan produk atau
kecederaan pada badan anda.
AWAS
• Jika unit tersebut terdedah kepada air atau lembapan lain sebelum unit itu dipasang, berkemungkinan akan berlaku kejutan elektrik. Jangan simpan di
tempat yang lembap atau terdedah kepada hujan atau air.
• Setelah alat ini dikeluarkan daripada kotaknya, periksa dengan teliti sama ada terdapat sebarang kerosakan atau tidak.
• Jangan pasang di tempat yang boleh meningkatkan gegarannya. Jangan pasang di tempat di mana aras hingar unit berkenaan akan bertambah kuat
atau di mana bunyi hingar dan udara buangan mungkin mengganggu para jiran.
• Untuk mengelakkan kecederaan, berhati-hati semasa mengendali bahagian-bahagian yang tajam.
• Sila baca buku panduan pemasangan ini dengan teliti sebelum memasang alat ini. Buku ini mengandungi arahan-arahan penting untuk pemasangan
yang betul.
• Pengilang tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat tidak mematuhi huraian dalam manual ini.
Sila pastikan betul-betul yang pemasangan peralatan ini dilaporkan kepada pembekal kuasa tempatan sebelum pemasangan dijalankan. Sekiranya anda
mengalami sebarang masalah, atau jika pemasangan berkenaan tidak diterima oleh pembekal tersebut, agensi perkhidmatan berkenaan akan dapat
mengambil langkah balas.
1110251267-MA.indd 1
1110251267-MA.indd 1
Untuk kegunaan umum
Pemasangan penyaman udara dengan bahan penyejuk baru
KEPERLUAN MEMBUAT LAPORAN KEPADA PEMBEKAL KUASA TEMPATAN
2
atau lebih). (Hendaklah dipasang menurut peraturan pendawaian negara.)
1
EN
ES
FR
MA
CT
VT
7/6/12 1:48 PM
7/6/12 1:48 PM

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Ras-13 16n3acv serie

Table des Matières