Laerdal LCSU 4 Manuel D'utilisation page 198

Masquer les pouces Voir aussi pour LCSU 4:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 17
10 Maklumat Pengawalseliaan
Perjalanan Antarabangsa
Unit sedutan ini dilengkapi dengan Pengecas Penyesuai AU/AT yang membolehkan operasi menggunakan sebarang voltan AU
(100-240 VAC, 50/60 Hz).
Maklumat Pengawalseliaan
Pengelasan
Peralatan sedutan perubatan yang menggunakan kuasa elektrik untuk kegunaan lapangan dan pengangkutan, menurut ISO10079-1.
Aliran tinggi/Vakum tinggi, 50 – 550+ mmHg.
Tidak sesuai untuk digunakan jika terdapat cecair atau gas yang mudah terbakar.
Peralatan jenis BF menggunakan kuasa dalaman/kelas I, menurut IEC 60601-1.
Kelas perlindungan IP33 dan bekalan kuasa standard.
- Dilindungi daripada objek asing pepejal yang 2.5 mm Ø dan lebih besar.
- Dilindungi daripada semburan air.
Pengendalian Secara Berselang-seli: 30 minit dihidupkan, 30 minit dimatikan.
Pensijilan
No. Kat. 880052/880062: Menepati RTCA/DO-160G - Bahagian 21 Kategori M (untuk operasi bateri sahaja; pesawat komersial,
peralatan udara).
Keakuran Elektromagnet
LCSU 4 dimaksudkan untuk digunakan dalam persekitaran yang berikut: Persekitaran Kemudahan Penjagaan Kesihatan Profesional,
persekitaran Penjagaan Kesihatan Rumah dan persekitaran Perkhidmatan Perubatan Kecemasan.
Prestasi penting LCSU 4 dikenal pasti sebagai sambungan hos pesakit ke salur keluar ekzos. Ini dicegah melalui pengekodan salur
keluar. Gangguan EMC tidak boleh menjejaskan gelagat ini.
Tiada tindakan tertentu diperlukan untuk menjaga keselamatan dan prestasi yang berkaitan dengan gangguan elektromagnet bagi
hayat perkhidmatan yang dijangka.
Amaran
Penggunaan peralatan ini berdekatan dengan atau bersusun dengan peralatan lain hendaklah dielakkan kerana ini boleh
mengakibatkan operasi yang salah. Jika penggunaan sedemikian diperlukan, peralatan ini dan peralatan lain itu hendaklah
diperhatikan bagi mengesahkan bahawa semua beroperasi dengan normal.
Penggunaan aksesori, transduser dan kabel selain yang dinyatakan atau disediakan oleh pengilang peralatan ini boleh
menyebabkan peningkatan pancaran elektromagnet atau pengurangan imuniti elektromagnet peralatan ini dan mengakibatkan
operasi yang salah.
Peralatan komunikasi RF mudah bawa (termasuk persisian seperti kabel antena dan antena luaran) tidak boleh digunakan dalam
jarak yang lebih dekat daripada 30 cm dengan mana-mana bahagian LSU, termasuklah kabel yang dinyatakan oleh Laerdal
Medical. Jika tidak, penyusutan prestasi peralatan ini boleh berlaku.
198

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

880061880062880051880052

Table des Matières