Pembersihan Dan Penyelenggaraan; Pembersihan; Ujian Peranti - Laerdal LCSU 4 Manuel D'utilisation

Masquer les pouces Voir aussi pour LCSU 4:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 17

Pembersihan

Langkah Waspada
Putuskan sambungan LCSU 4 daripada kuasa luaran sebelum
menjalankan pembersihan. Gunakan amaun cecair yang
minimum bagi mencegah sebarang bahaya kejutan elektrik.
Jangan rendam LCSU 4 atau membiarkannya tenggelam
di dalam air atau cecair lain. Ini boleh merosakkan peranti
dan menyebabkan bahaya elektrik.
Amaran
Jangan pam sebarang larutan pembersihan atau cecair
lain melalui pam vakum, iaitu melalui Penyambung
Vakum. Ini boleh merosakkan LCSU 4.
Kabinet Utama
1 Putuskan sambungan daripada bekalan kuasa luaran.
2 Bersihkan permukaan Kabinet dengan mengelap secara
berhati-hati menggunakan kain atau span yang tidak kasar
dan detergen yang lembut. Gunakan cecair pencuci pinggan
mangkuk atau sesuatu yang serupa dengannya yang serasi
dengan Carta Bahan (lihat Bab 9).
3 Keringkan semua permukaan menggunakan kain atau tuala
kertas yang bersih.
Kanister dan Tiub Pesakit
Lupuskan setelah digunakan.
Perhatian
Kanister dan Tiub Pesakit ialah item pakai buang. Jangan
cuba membersihkan atau menggunakannya semula.
Disebabkan risiko kontaminasi, semua item pakai buang
hendaklah digantikan selepas setiap kali penggunaan.
Ini adalah untuk penggunaan pesakit tunggal sahaja.
Hubungi pihak berkuasa setempat untuk menentukan
kaedah pelupusan yang betul untuk kanister dan tiub
pesakit yang telah tercemar.
Tiub Vakum (untuk versi 800 ml) dan Dawai Pemegang
Basuh dengan merendam dan menyental menggunakan cecair
pencuci pinggan mangkuk atau sesuatu yang serupa dengannya.
1 Bilas dengan sempurna menggunakan air yang bersih.
2 Biarkan mengering. Nyahjangkit jika perlu.
Kit Penapis Kecekapan Tinggi (untuk versi 800 ml)
Penapis tidak boleh dicuci atau dinyahjangkit.
Gantikan Penapis dengan segera jika berlaku kontaminasi
atau penyahwarnaan, atau ia menjadi basah.
*Jika unit digunakan pada pesakit di dalam kawasan yang
mengalami isu kontaminasi silang, disarankan supaya Penapis
digantikan selepas setiap penggunaan.

6 Pembersihan dan Penyelenggaraan

Beg Pembawa
Lap Beg mengikut arahan yang disediakan di atas untuk
Kabinet Utama. Jangan gunakan perkhidmatan dobi.

Ujian Peranti

Selepas setiap pemasangan semula, dan sebelum
mengembalikan LCSU 4 kepada penggunaan operasi, Ujian
Peranti hendaklah dilakukan:
1 Mulakan ujian dengan Bateri yang telah dicas sepenuhnya.
2 "HIDUPKAN" unit.
3 Sekat Tiub Pesakit.
4 Tetapkan tahap Vakum Sedutan kepada 550+ mmHg.
5 Nyahsekat dan kemudian Sekat Tiub Pesakit itu sekali lagi.
6 Keputusan: Unit akan kembali kepada tetapan 550+ mmHg.
7 Ulangi prosedur untuk tetapan 300 mmHg dan 50 mmHg.
Langkah Waspada
Jangan cuba menggunakan mana-mana LCSU 4 yang tidak
lulus ujian di atas. Jika prestasi ujian unit LCSU 4 tidak
memuaskan, periksa semula semua bahagian pemasangan
dan lakukan ujian sekali lagi. Jika perlu, hubungi
Laerdal Medical atau salah satu pengedar yang berdaftarnya.
Pelupusan
Apabila membuang LCSU 4, kami menyarankan supaya ia
dibuang mengikut protokol setempat.
Perkakas ini ditandakan mengikut Arahan Eropah
2012/19/EU mengenai Peralatan Elektrik dan Elektronik Sisa
(WEEE). Dengan memastikan produk ini dilupuskan dengan
betul, anda akan membantu menghindarkan kemungkinan
berlakunya akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia, yang boleh berlaku sekiranya sisa produk ini
dikendalikan dengan cara yang tidak wajar.
Simbol pada produk, atau pada dokumen yang
mengiringi produk, menandakan bahawa perkakas ini
tidak boleh diperlakukan sebagai sisa rumah tangga.
Sebaliknya, ia hendaklah dihantar ke pusat pungutan
yang sesuai untuk mengitar semula peralatan elektrik dan
elektronik.
Pelupusan hendaklah dijalankan selaras dengan
peraturan alam sekitar setempat untuk pelupusan sisa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan,
pemulihan dan kitar semula produk ini, sila hubungi pejabat
perbandaran setempat anda, atau perkhidmatan pelupusan sisa
rumah tangga anda atau wakil Laerdal di tempat anda membeli
produk.
193

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

880061880062880051880052

Table des Matières