Maklumat Keselamatan - Electrolux ESF5206LOW Notice D'utilisation

Masquer les pouces Voir aussi pour ESF5206LOW:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles

Les langues disponibles

42
www.electrolux.com
1.

MAKLUMAT KESELAMATAN

Sebelum pemasangan dan penggunaan perkakas, baca
arahan yang diberikan dengan teliti. Pengilang tidak
bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau
kerosakan yang berakibat daripada pemasangan atau
penggunaan yang tidak betul. Sentiasa pastikan arahan
berada dalam lokasi yang selamat dan tidak boleh
diakses untuk rujukan akan datang.
1.1 Keselamatan kanak-kanak dan orang yang
mudah terdedah kepada bahaya
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
berumur 8 tahun dan ke atas dan orang yang kurang
keupayaan fizikal, deria dan mental atau tiada
pengalaman atau pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberikan arahan tentang penggunaan
perkakas dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat.
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan
perkakas.
Jauhkan detergen daripada kanak-kanak.
Jauhkan kanak-kanak dan haiwan peliharaan dari
perkakas apabila pintunya dibuka.
Kanak-kanak seharusnya tidak menjalankan
pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
perkakas tanpa penyeliaan.
1.2 Keselamatan Umum
Perkakas ini bertujuan untuk digunakan di dalam isi
rumah dan penggunaan yang serupa seperti;
rumah ladang; kawasan dapur kakitangan di dalam
kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain;
oleh klien di dalam hotel, motel, penginapan &
sarapan dan persekitaran jenis kediaman lain.
Jangan tukar spesifikasi perkakas ini.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières