Télécharger Imprimer la page

Toshiba RAS-18N3KCV Serie Instructions D'installation page 31

Masquer les pouces Voir aussi pour RAS-18N3KCV Serie:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 21
AWAS
• Jika unit tersebut terdedah kepada air atau lembapan lain sebelum unit itu dipasang, berkemungkinan akan berlaku kejutan elektrik. Jangan simpan di
tempat yang lembap atau terdedah kepada hujan atau air.
• Setelah alat ini dikeluarkan daripada kotaknya, periksa dengan teliti sama ada terdapat sebarang kerosakan atau tidak.
• Jangan pasang di tempat yang boleh meningkatkan gegarannya. Jangan pasang di tempat di mana aras hingar unit berkenaan akan bertambah kuat
atau di mana bunyi hingar dan udara buangan mungkin mengganggu para jiran.
• Sila baca buku panduan pemasangan ini dengan teliti sebelum memasang alat ini. Buku ini mengandungi arahan-arahan penting untuk pemasangan
yang betul.
• Alat ini mestilah disambungkan ke bekalan kuasa utama melalui pemutus litar bergantung kepada tempat unit ini dipasang. Kegagalan berbuat demikian
boleh menyebabkan kejutan elektrik.
• Patuhi arahan di dalam buku panduan pemasangan ini untuk menyusun paip saliran bagi penyaliran yang betul dari unit tersebut. Pastikan air yang
disalirkan dibuang. Saliran yang tidak sempurna boleh menyebabkan kebocoran air, mengakibatkan kerosakan air kepada perabot.
• Ketatkan nat pengembang dengan perengkuh kilas menggunakan cara yang ditetapkan. Jangan putar berlebihan. Jika tidak, nat itu mungkin retak setelah
digunakan dalam tempoh yang lama dan ia boleh menyebabkan kebocoran bahan pendingin.
• Pakai sarung tangan (sarung tangan tebal seperti sarung tangan kapas) untuk kerja pemasangan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan
kecederaan diri semasa mengendalikan bahagian yang bertepi tajam.
• Jangan sentuh bahagian salur masuk udara atau sirip aluminium unit luaran. Ia boleh menyebabkan kecederaan.
• Jangan pasang unit luaran di tempat yang boleh menjadi sarang binatang kecil. Binatang kecil boleh masuk dan menyentuh bahagian elektrik dalaman,
menyebabkan kegagalan atau kebakaran.
• Minta pengguna memastikan tempat di sekitar unit tersebut kemas dan bersih.
• Pastikan untuk melakukan operasi percubaan selepas kerja pemasangan, dan terangkan kepada pelanggan bagaimana untuk menggunakan dan
menyenggara unit tersebut menurut buku panduan. Minta pelanggan untuk menyimpan buku panduan bersama-sama dengan panduan pemasangan.
• Pengilang tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat tidak mematuhi huraian dalam manual ini.
KEPERLUAN MEMBUAT LAPORAN KEPADA PEMBEKAL KUASA TEMPATAN
Sila pastikan betul-betul yang pemasangan peralatan ini dilaporkan kepada pembekal kuasa tempatan sebelum pemasangan dijalankan. Sekiranya anda
mengalami sebarang masalah, atau jika pemasangan berkenaan tidak diterima oleh pembekal tersebut, agensi perkhidmatan berkenaan akan dapat
mengambil langkah balas.
All manuals and user guides at all-guides.com
2
Toshiba 1110651187 (MA)
EN
ES
FR
MA
CT
VT

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Ras-22n3kcv serieRas-18n3acv serieRas-22n3acv serie