Télécharger Imprimer la page

Toshiba RAS-18N3KCV Serie Instructions D'installation page 30

Masquer les pouces Voir aussi pour RAS-18N3KCV Serie:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 21
PERINGATAN UNTUK KESELAMATAN
PERINGATAN UNTUK KESELAMATAN
• Sebelum pemasangan, sila baca langkah berjaga-jaga untuk keselamatan ini dengan teliti.
• Pastikan untuk mengikut langkah berjaga-jaga yang disediakan di sini untuk mengelakkan risiko keselamatan. Simbol dan maksudnya ditunjukkan di
bawah.
AMARAN : Ia menunjukkan bahawa penggunaan unit ini dengan tidak betul mungkin menyebabkan kecederaan parah atau kematian.
AWAS
: Ia menunjukkan bahawa penggunaan tidak betul unit ini mungkin menyebabkan kecederaan peribadi (*1), atau kerosakan harta benda (*2)
*1 : Kecederaan peribadi bermaksud kemalangan kecil, luka terbakar, atau kejutan elektrik yang tidak memerlukan kemasukan wad atau
rawatan hospital berulang.
*2 : Kerosakan harta benda bermaksud kerosakan lebih besar yang menjejaskan aset atau sumber.
Kord bekalan kuasa bagi bahagian-bahagian alatan untuk kegunaan di luar rumah hendaklah sekurang-kurangnya jenis kord mudah lentur polikloroprin
bersarung (reka bentuk H07RN-F), atau kord bertanda 60245 IEC66 (1.5 mm
AWAS
• PENYAMAN UDARA INI MENGGUNAKAN BAHAN PENYEJUK HFC BARU (R410A), YANG TIDAK MEROSAKKAN LAPISAN OZON.
Bahan penyejuk R410A sesuai dengan persekitaran yang terjejas oleh bendasing seperti air, membran pengoksidaan, dan minyak kerana tekanan bahan
penyejuk R410A ialah kira-kira 1.6 kali ganda tekanan bahan penyejuk R22. Selain daripada penggunaan bahan penyejuk baru ini, minyak mesin penyejuk
juga telah ditukar. Oleh itu, semasa kerja pemasangan, pastikan air, habuk, bahan penyejuk lama, atau minyak mesin penyejuk tidak memasuki kitaran
penyejukan penyaman udara dengan bahan penyejuk baru ini. Bagi mengelakkan percampuran bahan penyejuk dan minyak mesin penyejuk, saiz port
pengecasan yang menyambungkan bahagian-bahagian pada unit utama adalah berbeza dengan saiz port pengecasan bagi unit yang menggunakan
bahan penyejuk lama, dan peralatan yang berbeza saiznya juga diperlukan. Untuk menyambungkan paip, gunakan bahan paip dengan keupayaan untuk
tahan tekanan tinggi yang baru dan bersih, yang direka khas untuk R410A, dan pastikan air dan habuk tidak masuk. Selain itu, jangan gunakan sebarang
paip sedia ada kerana ia mungkin tidak tahan dengan tekanan tinggi dan mungkin mengandungi kekotoran.
BAHAYA
• UNTUK DIKENDALIKAN OLEH ORANG YANG BERTAULIAH SAHAJA.
• TUTUP BEKALAN KUASA UTAMA SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG KERJA ELEKTRIK. PASTIKAN SEMUA SUIS KUASA TELAH DITUTUP.
KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN BOLEH MENYEBABKAN RENJATAN ELEKTRIK.
• SAMBUNGKAN KABEL SAMBUNGAN DENGAN BETUL. JIKA KABEL SAMBUNGAN DISAMBUNG DENGAN SALAH, BAHAGIAN-BAHAGIAN
DALAMAN ELEKTRIK BOLEH MENJADI ROSAK.
• PASTIKAN WAYAR BUMI TIDAK PUTUS ATAU TERTANGGAL SEBELUM MEMASANG ALAT INI.
• JANGAN PASANG DEKAT DENGAN TEMPAT YANG ADA TUMPUAN GAS ATAU WAP GAS YANG MUDAH TERBAKAR.
KEGAGALAN MENGIKUT ARAHAN INI BOLEH MENYEBABKAN KEBAKARAN ATAU LETUPAN.
• UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA BERLAKU PEMANASAN LAMPAU TERHADAP UNIT DALAM RUMAH DAN MENYEBABKAN BAHAYA KEBAKARAN,
LETAKKAN UNIT TERSEBUT JAUH (MELEBIHI 2 M) DARI SUMBER-SUMBER HABA/KEPANASAN SEPERTI RADIATOR, ALAT PEMANAS, RELAU,
DAPUR, DLL.
• APABILA HENDAK MENGALIHKAN ALAT PENYAMAN UDARA INI UNTUK DIPASANG DI TEMPAT LAIN, BERHATI-HATILAH SUPAYA BAHAN
PENDINGIN YANG TELAH DISEBUTKAN (R410A) SERTA BAHAN-BAHAN GAS LAIN TIDAK MASUK KE DALAM KITAR PENDINGINAN. JIKA UDARA
ATAU GAS LAIN BERCAMPUR DI DALAM BAHAN PENDINGIN,TEKANAN GAS DALAM KITAR PENDINGINAN MENJADI TERLAMPAU TINGGI DAN
BOLEH MEYEBABKAN PAIP PECAH DAN MENGAKIBATKAN KECEDERAAN.
• JIKA BERLAKU KEBOCORAN GAS PENDINGIN DARI PAIP SEMASA PEMASANGAN, LALUKAN UDARA SEGAR KE DALAM BILIK DENGAN SEGERA.
JIKA GAS PENDINGIN DIPANASKAN OLEH API ATAU SEBAGAINYA, IA BOLEH MENGHASILKAN GAS BERACUN.
AMARAN
• Jangan sekali-kali mengubahsuai alat ini dengan menanggalkan mana-mana adang keselamatannya atau dengan memintas mana-mana suis saling
kunci keselamatannya.
• Kerja pemasangan mesti diminta daripada wakil penjual runcit yang membekalkannya atau vendor profesional. Pemasangan sendiri boleh menyebabkan
kebocoran air, kejutan elektrik, atau kebakaran akibat pemasangan yang tidak sempurna.
• Alatan dan bahagian paip tertentu untuk model R410A diperlukan, dan kerja pemasangan hendaklah dilakukan menurut buku panduan. Bahan pendingin
jenis HFC R410A mempunyai 1.6 kali lebih tekanan daripada bahan pendingin lazim (R22). Gunakan bahagian paip yang ditentukan tersebut, dan pastikan
pemasangan yang betul, jika tidak ia mungkin boleh mengakibatkan kerosakan dan/atau kecederaan. Pada masa yang sama, kebocoran air, kejutan
elektrik, dan kebakaran mungkin berlaku.
• Pastikan unit tersebut dipasang di tempat yang boleh menanggung beratnya. Jika galas beban unit itu tidak mencukupi, atau pemasangan unit tidak
sempurna, unit tersebut mungkin jatuh dan mengakibatkan kecederaan.
• Kerja-kerja elektrik mesti dilaksanakan oleh jurutera elektrik yang berkelayakan menurut kod yang mentadbir kerja pemasangan, peraturan pendawaian
dalaman, dan buku panduan. Litar khusus dan voltan terkadar mesti digunakan. Bekalan kuasa yang tidak mencukupi atau pemasangan yang tidak
sempurna boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
• Gunakan kabel cabtyre untuk menyambung wayar di dalam unit dalaman/luaran. Sambungan di bahagian tengah, wayar pintal, sambungan wayar tunggal
tidak dibenarkan.Sambungan atau pemasangan yang tidak sempurna boleh menyebabkan kebakaran.
• Pendawaian di antara unit dalaman dan unit luaran mestilah dibentuk kemas supaya penutupnya boleh diletakkan dengan teguh. Pemasangan penutup
yang tidak sempurna boleh menyebabkan peningkatan haba, kebakaran, atau kejutan elektrik di kawasan terminal.
• Pastikan penggunaan aksesori yang diluluskan atau bahagian yang ditentukan sahaja. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan unit itu jatuh,
kebocoran air, kebakaran atau kejutan elektrik.
• Selepas kerja pemasangan, pastikan tidak terdapat kebocoran gas pendingin. Jika gas pendingin bocor dan keluar dari paip lalu masuk ke dalam bilik
dan dipanaskan oleh api atau sesuatu yang lain daripada pemanas kipas, tungku atau dapur gas, ia menghasilkan gas beracun.
• Pastikan peralatan tersebut dibumikan dengan betul. Jangan sambungkan wayar bumi ke paip gas, paip air, pengalir kilat, atau wayar bumi telefon. Kerja
pembumian yang tidak sempurna boleh menjadi penyebab kejutan elektrik.
• Jangan pasang unit tersebut di tempat gas mudah terbakar boleh bocor. Jika terdapat sebarang kebocoran atau pengumpulan gas di sekitar unit itu, ia
boleh mengakibatkan kebakaran.
• Jangan pilih tempat pemasangan yang terdapat air atau kelembapan berlebihan, seperti di bilik mandi. Kemerosotan penebatan boleh mengakibatkan
kejutan elektrik atau kebakaran.
• Kerja pemasangan mesti dilaksanakan mengikut arahan di dalam buku panduan pemasangan ini. Pemasangan yang tidak sempurna boleh mengakibatkan
kebocoran air, kejutan elektrik atau kebakaran. Periksa item berikut sebelum mengendalikan unit tersebut.
- Pastikan sambungan paip terletak dengan betul dan tidak terdapat kebocoran.
- Periksa bahawa injap servis terbuka. Jika injap servis tertutup, ia akan menyebabkan tekanan lampau dan mengakibatkan pemampat rosak. Pada masa
yang sama, jika terdapat kebocoran pada bahagian sambungan, ia boleh menyebabkan sedutan udara dan tekanan lampau, mengakibatkan kerosakan
kepada unit atau kecederaan.
• Ketika operasi mengepam turun, pastikan untuk menghentikan unit pemampat sebelum menanggalkan paip bahan pendingin. Jika menanggalkan
paip bahan pendingin semasa pemampat sedang beroperasi dengan injap servis terbuka, ia akan menyebabkan sedutan udara dan tekanan lampau,
mengakibatkan kerosakan kepada unit atau kecederaan.
• Jangan mengubah suai kabel kuasa, menyambung kabel di bahagian tengah, atau menggunakan kabel sambungan berbilang alur keluar. Berbuat demikian
boleh menyebabkan kegagalan sentuhan, kegagalan penebatan, atau arus berlebihan, mengakibatkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Perkakas mesti dipasang mengikut peraturan pendawaian kebangsaan.
Jika anda mengesan sebarang kerosakan, jangan pasang unit tersebut. Hubungi pembekal jualan anda dengan segera.
• Jangan gunakan sebarang bahan penyejuk untuk melengkapkan atau mengganti selain daripada bahan penyejuk yang telah ditentukan.
Jika tidak, tekanan yang luar biasa tinggi mungkin terhasil dalam kitaran penyejukan, yang akan mengakibatkan kegagalan atau letupan produk atau
kecederaan pada badan anda.
All manuals and user guides at all-guides.com
Untuk kegunaan umum
2
atau lebih). (Hendaklah dipasang menurut peraturan pendawaian negara.)
Pemasangan penyaman udara dengan bahan penyejuk baru
1
Toshiba 1110651187 (MA)

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Ras-22n3kcv serieRas-18n3acv serieRas-22n3acv serie