Télécharger Imprimer la page

Bahasa Melayu - Philips HP3643 Mode D'emploi

Masquer les pouces Voir aussi pour HP3643:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Dengan perkakas ini, anda boleh melegakan kesakitan otot di rumah. Penuras khas hanya meluluskan
jenis lampu yang diperlukan untuk mencapai kesan yang dikehendaki.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1
Lohong pendinginan
2
Bingkai lampu
3
Engsel untuk mencondongkan bingkai lampu
4
Tiub kekaki
5
Kord sesalur kuasa
6
Gegelang pelarasan ketinggian
7
Kekaki
8
Suis hidup/mati (I/O) dengan lampu hidup kuasa
9
Penuras
10 Lampu halogen inframerah
11 Pemegang
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Penerangan simbol
-
Simbol pada perkakas mempunyai maksud berikut:
1
Simbol ini membari amaran kepada anda mengenai permukaan yang panas (Gamb. 2).
2
Simbol ini menunjukkan bahawa anda perlu membaca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna untuk rujukan masa
hadapan (Gamb. 3).
3
Simbol ini menunjukkan bahawa perkakas ini didwitebatkan (penebatan kelas 2) (Gamb. 4).
-
Perkakas ini menepati keperluan piawaian peranti perubatan FDA Korea bagi peranti perubatan Kelas 2.
Bahaya
-
Air dan eletrik adalah kombinasi yang berbahaya! Jangan gunakan perkakas ini di dalam persekitaran
yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau kolam mandi).
-
Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah
diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Perkakas ini bertujuan untuk kelegaan kesakitan pada otot dan sendi serta kekejangan pada otot dan
sendi dan bukannya untuk kelegaan kesakitan pada abdomen, muka dan jenis kesakitan yang lain.
-
Untuk mencegah kepanasan terlampau pada kulit, elakkan daripada menggunakan perkakas pada
jarak yang sangat dekat. Kehangatan perlu selesa sepanjang penggunaan.
-
Untuk mengelakkan kerosakan mata, jangan pandang cahaya lampu semasa ia terpasang.
-
Jangan tidur semasa penggunaan.

BAHASA MELAYU

27

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Hp3643/01