Bahasa Melayu - Philips InfraCare HP3631 Mode D'emploi

Masquer les pouces Voir aussi pour InfraCare HP3631:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 12

BAHASA MELAYU

24
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Dengan perkakas ini, anda boleh melegakan kesakitan otot di rumah. Penuras khas hanya meluluskan
jenis lampu yang diperlukan untuk mencapai kesan yang dikehendaki.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1
Petak bateri
2
Pemasa
3
Bingkai lampu dengan sesiku boleh laras
4
Kipas
5
Tapak
6
Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa
7
Penuras
8
Lampu halogen inframerah
9
Gegenggam
Penting
Am
-
Simbol pada perkakas mempunyai maksud berikut:
1
Simbol ini membari amaran kepada anda mengenai permukaan yang panas (Gamb. 2).
2
Simbol ini menunjukkan bahawa anda perlu membaca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna untuk rujukan masa
hadapan (Gamb. 3).
3
Simbol ini menunjukkan bahawa perkakas ini didwitebatkan (Penebatan Kelas 2) (Gamb. 4).
-
Perkakas ini menepati keperluan arahan peranti perubatan FDA Korea bagi peranti perubatan Kelas 2.
Bahaya
-
Air dan eletrik adalah kombinasi yang berbahaya! Jangan gunakan perkakas ini di dalam
persekitaran yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau
kolam mandi).
-
Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal,
deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah
diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Perkakas ini bertujuan untuk kelegaan kesakitan pada otot dan sendi serta kekejangan pada otot dan
sendi dan bukannya untuk kelegaan kesakitan pada abdomen, muka dan jenis kesakitan yang lain.
-
Untuk mencegah kepanasan terlampau pada kulit, elakkan daripada menggunakan perkakas pada
jarak yang sangat dekat. Kehangatan perlu selesa sepanjang penggunaan.
-
Untuk mengelakkan kerosakan mata, jangan pandang cahaya lampu semasa ia terpasang.
-
Jangan tidur semasa penggunaan.
-
Elakkan kawasan panas daripada menyejuk terlalu cepat sebaik sahaja selepas penggunaan.
-
Sekiranya kesihatan tidak bertambah baik selepas 6-8 kali penggunaan, hentikan penggunaan
perkakas ini dan rujuklah doktor anda.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières