Philips InfraCare HP3631 Mode D'emploi page 25

Masquer les pouces Voir aussi pour InfraCare HP3631:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 12
Kontraindikasi penggunaan perkakas
-
Jangan gunakan perkakas tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu sekiranya
anda menghidap penyakit teruk seperti penyakit jantung, penyakit keradangan akut, trombosis,
gangguan koagulasi darah, supresi ginjal, dermatosus lupus sistemik atau penyakit malignan.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda terlalu sensitif terhadap cahaya inframerah atau jika anda
menghidapi edema. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda tidak sensitif terhadap sinaran inframerah dan haba akibat
penyakit (seperti diabetes lanjutan) atau penggunaan ubat penghilang kesakitan. Sekiranya berasa
ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda menghidap penyakit yang berkaitan dengan saraf
terdemielinat seperti sindrom terowong karpus, sklerosis berbilang dan neuropati ulnar.
Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda mempunyai peranti terimplan, terutamanya jika peranti
terletak di sekitar kawasan panas. Jika anda kurang pasti, rujuklah doktor anda.
-
Jika anda hamil, jangan gunakan perkakas untuk memanaskan kawasan berdekatan abdomen atau
bahagian bawah belakang anda, untuk mengelakkan kepanasan terlampau di kawasan ini. Jika anda
kurang pasti, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas ini sekiranya anda mengalami bengkak atau keradangan, kerana haba
boleh memburukkan keadaan. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas pada kulit yang rosak atau rengsa atau pada luka. Sekiranya berasa ragu,
rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas untuk memanaskan kawasan yang baru sahaja disapu lawan perengsa
topikal (krim atau salap yang mengandungi mentol sebagai contoh), kerana ini akan
menyebabkan reaksi keradangan sederhana.
Awas
-
Apabila menggunakan peranti perubatan, anda disyorkan melakukannya mengikut preskripsi
doktor dan di bawah bimbingannya
-
Sekiranya soket dinding yang disambungkan dengan perkakas ini mempunyai sambungan yang
lemah, plag perkakas akan menjadi panas. Sila pastikan anda memasang plag perkakas ke dalam
soket dinding yang disambungkan dengan baik.
-
Jangan biarkan perkakas terkena kejutan kuat.
-
Sentiasa cabut plag sesalur setelah digunakan dan sekiranya terdapat gangguan bekalan kuasa.
-
Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya
25cm ruang kosong untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.
-
Jangan gunakan perkakas ini di suhu bilik kurang daripada 10°C atau lebih tinggi daripada 35°C.
-
Sila pastikan lohong di bahagian belakang perkakas sentiasa terbuka semasa penggunaan.
-
Jangan tutup perkakas dengan, contohnya, kain atau pakaian apabila ia telah dihidupkan.
-
Perkakas dilengkapi perlindungan automatik terhadap pemanasan melampau. Jika perkakas tidak
disejukkan secukupnya (contohnya kerana lohong pendinginan bertutup), perkakas akan mati
secara automatik. Cabut plag perkakas dan alihkan punca pemanasan melampau. Sebaik sahaja
perkakas telah menyejuk, ia boleh dihidupkan semula. Untuk berbuat demikian, masukkan plag
perkakas sekali lagi dan tekan suis hidup/mati.
-
Sejukkan perkakas selama lebih kurang 15 minit sebelum mencuci atau menyimpannya.
-
Sekiranya anda baru saja selesai berenang atau mandi, pastikan anda mengeringkan kulit anda
dengan sempurna sebelum anda menggunakan perkakas ini.
-
Jangan guna perkakas ini apabila penurasnya rosak, pecah atau hilang.
-
Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.
-
Pastikan jarak antara badan dan perkakas cukup jauh untuk mengelakkan daripada tersentuh
dengan penuras yang panas.
-
Elakkan kord utama daripada bersentuhan dengan penuras apabila penuras dalam berkeadaan panas.
-
Jangan cuba gantikan lampu jika lampu berhenti berfungsi. Hubungi Pusat Layanan Pelanggan
Philips untuk mendapatkan maklumat.
BAHASA MELAYU
25

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières