Télécharger Imprimer la page

Philips HP3643 Mode D'emploi page 30

Masquer les pouces Voir aussi pour HP3643:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
BAHASA MELAYU
30
Petua: Orang yang tinggi yang hendak memanaskan bahagian bawah belakangnya boleh baring di atas
katil dengan menghadapkan belakangnya ke arah perkakas.
-
Untuk memanaskan pinggul dan peha anda, letakkan perkakas di sebelah kerusi, dengan bingkai
lampu dalam posisi mendatar. Duduk dengan selesa di atas kerusi atau bangku (Gamb. 13).
5
Laraskan bingkai lampu.
Untuk mengelakkan jari-jari anda daripada tersekat apabila anda melaraskan ketinggian, pegang
bingkai lampu pada salah satu dari pemegangnya atau pada engselnya selagi gegelang pelarasan
ketinggian tidak berkunci.
Nota: Tiub kekaki terdiri daripada tiga bahagian dan dua gegelang pelarasan ketinggian. Anda boleh
melaraskan ketinggian dengan kedua-dua gegelang.
-
Untuk melaraskan ketinggian perkakas, pegang bingkai lampu pada salah satu daripada pemegang
atau engsel dengan satu tangan sambil anda memutarkan gegelang pelarasan ketinggian
dengan tangan yang satu lagi.
-
Putarkan gegelang pelarasan ketinggian melawan arah jam sehingga simbol 'tidak dikunci' dapat
dilihat melalui lubang dalam gegelang (1). Kemudian tarik naik bingkai lampu atau tekannya ke
bawah kepada ketinggian yang dikehendaki (2) (Gamb. 14).
-
Apabila anda telah menetapkan bingkai lampu pada ketinggian yang anda kehendaki, putarkan
gegelang pelarasan ketinggian mengikut arah jam sehingga simbol 'dikunci' boleh nampak melalui
lubang dalam gegelang. Ketinggian gegelang pelarasan kini dikunci dan ketinggian bingkai lampu
ditetapkan (Gamb. 15).
-
Untuk mencondongkan bingkai lampu ke atas atau ke bawah, pegang pemegangnya dan
gerakkan ke posisi yang diingini (Gamb. 16).
-
Untuk meletakkan bingkai lampu pada posisi menegak atau mendatar, pegang pemegangnya dan
putarkan ke posisi yang dikehendaki (Gamb. 17).
-
Pastikan tapak kekaki dalam keadaan mendatar (Gamb. 18).
6
Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
-
Pada jarak sejauh 40-50cm dari badan, perkakas akan memanaskan kawasan sebesar lebih kurang
40cm kali 60cm. Pada jarak yang lebih jauh, bahagian dirawati akan menjadi lebih besar dan
cahaya inframerah dan seterusnya intensiti haba menjadi kurang. Pada jarak yang lebih dekat,
kawasan dirawati adalah lebih kecil dan cahaya inframerah dan juga intensiti haba menjadi lebih
kuat.
-
Pastikan jarak antara badan dan perkakas adalah cukup jauh untuk mengelakkan daripada
tersentuh dengan penuras yang panas.
Pilih jarak di mana kehangatan adalah selesa bagi anda dan tambahkan jarak jika
-
kehangatan menjadi terlalu kuat.
Nota: Kepanasan perkakas tidak mencapai tahap intensiti sepenuhnya sehingga setelah dipasang
beberapa minit. Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna perkakas tidak berkesan dalam tempoh
beberapa minit pertama ini.
Tempoh penggunaan
Tempoh penggunaan bergantung pada individu dan jenis penggunaan. Memanaskan otot atau
sendi mengambil masa kira-kira 15 minit. Jika perlu, perkakas boleh digunakan beberapa kali sehari.
Masa penggunaan yang lebih lama daripada anggaran 15 minit tidak membawa kepada hasil yang
lebih baik. Anda boleh mengulanginya beberapa kali sehari pada beberapa hari berturutan untuk
mendapatkan hasil. Sekiranya kesihatan tidak bertambah baik selepas 6-8 kali penggunaan, hentikan
penggunaan perkakas ini dan rujuklah doktor anda. Dalam kes masalah kronik, perkakas boleh
digunakan buat tempoh masa yang lebih lama, selagi anda mematuhi arahan dalam bahagian 'Amaran'
dalam bab 'Penting'.

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Hp3643/01