Philips AVENT SCF334 Mode D'emploi page 52

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF334:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 23
BahaSa MElayu
52
Mengendalikan pam susu badan
1
Basuh tangan anda dengan menyeluruh dan pastikan buah dada anda adalah bersih.
2
Bertenang di atas kerusi yang selesa (anda mungkin hendak menggunakan kusyen untuk
menyokong belakang anda). Pastikan anda mempunyai segelas air berdekatan.
3
Tekan pam susu badan yang telah dipasang pada buah dada anda. Pastikan puting anda berada
di tengah-tengah, agar kusyen urutan mewujudkan kedap udara.
SCF334: Pam susu badan elektrik berkembar membolehkan anda memerah susu daripada kedua-
dua belah buah dada dalam masa yang sama. Bagaimanapun, anda boleh juga menggunakan perkakas
untuk memerah daripada sebelah sahaja dengan cara yang sama.
4
Tekan butang mati/hidup (Gamb. 9).
Pam susu badan secara automatik bermula dalam mod rangsangan dan butang hidup/mati dan
,
butang rangsangan akan menyala.
Anda akan merasa sedutan pada buah dada anda.
,
5
Sebaik sahaja susu anda mula mengalir, anda boleh menggunakan ritma perlahan dengan
menekan butang sedutan paling rendah (Gamb. 10).
Butang ini akan menyala, dan bukannya butang rangsangan.
,
Nota: Jangan khuatir jika susu tidak mengalir serta-merta. Bertenang dan terus mengepam. Pada
penggunaan pam susu badan pada beberapa kali yang pertama, anda mungkin perlu menggunakan
mod sedutan yang lebih tinggi untuk membolehkan susu mengalir.
6
Bergantung kepada keselesaan anda sendiri, anda mungkin hendak menggunakan mod sedutan
yang lebih tinggi yang memberikan sedutan kuat. Anda boleh kembali ke mod sedutan yang
rendah, atau matikan pam susu badan bila-bila masa anda suka dengan menekan butang yang
sesuai (Gamb. 11).
Nota: Anda tidak perlu menggunakan semua mod sedutan, hanya gunakan mod yang selesa bagi anda.
Matikan pam susu badan setiap kali sebelum anda mengalihkan badan pam daripada buah dada
anda.
Jangan teruskan mengepam untuk lebih daripada 5 minit setiap kali jika anda tidak berjaya
memerah susu. Cuba mengepam pada waktu yang lain pada waktu siang. Jika proses ini menjadi
begitu tak selesa atau menyakitkan, berhenti menggunakan pam dan hubungi penasihat penyusuan
ibu anda.
7
Biasanya, anda perlu mengepam selama 10 minit untuk memerah 60-125ml (2-4 auns
bendalir) susu badan dari sebelah buah dada. Bagaimanapun, ini hanyalah suatu petunjuk dan
berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.
Nota: Jika anda selalu memerah lebih daripada 125ml setiap sesi, anda boleh gunakan 260ml/9 auns
bendalir botol AVENT Philips untuk mengelakkan daripada terlebih isi dan tertumpah.
8
Setelah anda selesai memerah, matikan pam susu badan dan dengan berhati-hati tanggalkan
badan pam daripada buah dada anda.
9
Putar buka botol dari badan pam agar sedia untuk penyusuan/penyimpanan. Bersihkan lain-lain
bahagian pam susu badan yang digunakan mengikut arahan dalam bab 'Pembersihan dan
pensterilan'.
10
Cabut plag unit motor. Untuk memudahkan penyimpanan, bungkus tiub silikon di sekeliling
unit motor dan klipkan tudung ke atas tiub (Gamb. 12).

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières