Philips AVENT SCF334 Mode D'emploi page 51

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF334:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 23
-
Untuk operasi bateri (SCF332 sahaja), pusingkan bahagian bawah unit motor dalam arah yang
ditunjukkan oleh tanda di bawahnya (1) dan alih keluar (2). Masukkan empat bateri baru 1.5V
AA (atau 1.2V, jika boleh cas semula) ke dalam perumah bateri. Pasang kembali bahagian bawah
ke unit motor (Gamb. 7).
Nota: Set baru bateri menyediakan sehingga 3 jam operasi. Jika anda masukkan bateri dalam perumah
bateri unit motor dan plag masuk penyesuai, pam susu badan akan berfungsi daripada bekalan sesalur
kuasa. Bateri tidak boleh dicas dalam unit itu.
6
Pasangkan tiub silikon dan tudung pada diafragma. Tolak tudung ke bawah sehingga ia
terpasang kukuh di tempatnya (Gamb. 8).
Menggunakan pam susu badan
Masa sesuai untuk mengepam susu badan
Jika penyusuan ibu berjalan lancar bagi anda, anda dinasihatkan (kecuali dinasihatkan sebaliknya oleh
profesional jagaan kesihatan/penasihat penyusuan ibu) untuk menunggu sehingga bekalan susu anda
dan jadual penyusuan bayi teratur (biasanya sekurang-kurangnya 2 hingga 4 minggu selepas bersalin).
Pengecualian:
-
Jika penyusuan ibu tidak berjalan lancar dengan serta-merta bagi anda, mengepam dengan kerap
boleh membantu mewujudkan dan mengekalkan bekalan susu anda.
-
Jika anda mengepam susu bagi bayi anda untuk diberi di hospital.
-
Jika buah dada anda kereningan (sakit atau bengkak): anda akan dapat mengepam sedikit susu
sebelum atau di antara penyusuan untuk mengurangkan rasa sakit dan untuk membantu bayi
anda melekap dengan lebih mudah.
-
Jika anda mengalami puting yang sakit atau pecah-pecah, anda mungkin hendak menggunakan
pam sehingga ia sembuh.
-
Jika anda terpisah dari bayi anda dan hendak meneruskan menyusukannya apabila bersamanya
semula, anda hendaklah mengepam susu anda dengan berkala untuk merangsang bekalan susu
anda.
Anda perlu mendapatkan waktu yang optimum untuk mengepam susu anda, seperti sejurus sebelum
atau selepas penyusuan pertama bayi anda pada waktu pagi apabila buah dada anda penuh susu,
atau selepas penyusuan jika bayi anda telah tidak menghabiskan susu pada kedua-dua belah. Jika anda
kembali bekerja, anda mungkin perlu mengepam pada waktu rehat.
Menggunakan pam susu badan memerlukan latihan dan anda perlu mencubanya beberapa kali
sebelum anda berjaya. Untunglah pam susu badan elektrik AVENT Philips mudah dipasang dan
digunakan, jadi anda akan terbiasa memerah dengannya.
petua
-
Biasakan diri anda dengan pam susu badan dan bagaimana hendak mengendalikannya sebelum
anda menggunakannya buat kali pertama.
-
Pilih masa apabila anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.
-
Gambar bayi anda dapat membantu menggalakkan refleks 'melepaskan'.
-
Kehangatan dapat juga membantu: cuba mengepam selepas mandi, atau letakkan kain yang
hangat atau Thermopad AVENT Philips pada buah dada selama beberapa minit sebelum anda
mula memerah.
-
Anda mungkin akan dapati lebih mudah untuk mengepam sambil bayi anda menyusu pada buah
dada yang satu lagi, atau serta-merta selepas penyusuan.
-
Jika memerah susu menyakitkan, hentikan dan hubungi penasihat penyusuan ibu anda atau
profesional jagaan kesihatan.
BahaSa MElayu
51

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières