Philips AVENT SCF334 Mode D'emploi page 50

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF334:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 23
BahaSa MElayu
50
-
Bersihkan, bilas dan sterilkan semua bahagian pam, kecuali unit motor, tiub dan tudung serta
penyesuai setiap kali sebelum menggunakannya.
-
Jangan sekali-kali meletakkan unit motor atau penyesuai di dalam air atau di dalam pensteril,
kerana ini akan menyebabkan kerosakan kekal kepada bahagian-bahagian ini.
-
Jangan gunakan agen antibakteria atau agen pembersih yang melelas untuk membersihkan
bahagian-bahagian pam susu badan.
-
Jangan gunakan pam susu badan jika diafragma silikon kelihatan rosak atau pecah. Lihat bab
'Memesan aksesori' untuk maklumat mengenai cara untuk mendapatkan bahagian gantian.
-
Jangan teruskan mengepam selama lebih daripada lima minit pada satu masa jika anda tidak
berjaya memerah susu.
-
Jika tekanan yang dijana tidak menyelesakan atau menyebabkan kesakitan, matikan perkakas,
pecahkan kedapan antara buah dada dengan badan pam dengan jari anda dan alihkan pam dari
buah dada anda.
Bersedia untuk menggunakan
Unit motor, tiub silikon dan tudung serta penyesuai tidak perlu dibersihkan dan disteril, kerana ia
tidak akan bersentuhan dengan susu badan.
Bersihkan, bilas dan sterilkan semua bahagian lain pam susu badan sebelum menggunakannya buat
kali pertama sebagaimana yang diterangkan dalam bab 'Pembersihan dan pensterilan'.Juga bersihkan
bahagian-bahagian ini setiap kali selepas penggunaan dan sterilkan setiap kali sebelum penggunaan
yang seterusnya.
Memasang pam susu badan
Nota: Pastikan bahawa anda telah membersihkan dan mensteril bahagian-bahagian pam susu badan
yang berkaitan. Basuh tangan anda dengan menyeluruh sebelum anda mengendalikan bahagian-
bahagian yang telah dibersihkan.
Berhati-hati, bahagian-bahagian yang telah dibersihkan mungkin masih panas.
Petua: Pam susu badan mungkin akan lebih mudah dipasang semasa ia basah.
1
Selitkan injap putih ke dalam badan pam dari bawah. Tolak masuk injap sejauh yang
boleh (Gamb. 2).
2
Skru badan pam ke botol mengikut arah jam sehingga ia terpasang dengan kukuh (Gamb. 3).
3
Tempatkan diafragma silikon ke dalam badan pam dari atas. Pastikan ia terpasang dengan
kukuh di sekeliling bibir dengan menekan ke bawah dengan jari anda untuk memastikan ia
benar-benar kedap (Gamb. 4).
4
Tempatkan kusyen urutan ke dalam bahagian berupa corong pada badan pam. Tolak masuk
bahagian dalam kusyen urutan sejauh yang boleh dan pastikan ia terkedap sepenuhnya di
sekeliling bibir badan pam. Tekan di antara kelopaknya untuk mengeluarkan sebarang udara
yang terperangkap (Gamb. 5).
Nota: Tempatkan penutup di atas kusyen urutan untuk mengekalkan kebersihan pam susu badan sambil
anda bersedia untuk memerah.
5
Masukkan penyesuai ke dalam soket dinding dan masukkan hujungnya yang satu lagi ke dalam
unit motor (Gamb. 6).
Kod rujukan penyesuai ditunjukkan di bahagian bawah perkakas. Hanya gunakan penyesuai yang
ditunjukkan sahaja dengan perkakas ini.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières