Dyson Airblade Mode D'emploi page 66

Masquer les pouces Voir aussi pour Airblade:
Table des Matières

Publicité

mempunyai sisi/bucu tajam yang boleh mengakibatkan kecederaan
atau membawa mudarat.
• 1. Letakkan bahagian utama di atas kain agar permukaannya
tidak tercalar.
• 2. Tanggalkan (2) skru keselamatan dari jasad utama
menggunakan alat yang disediakan. Simpan dengan selamat.
• 3. Angkat plat belakang dari bahagian utama.
• 4. Sekiranya kabel akan dimasukkan dari belakang, tanggalkan
gromet kabel getah dari lubang masuk kabel belakang.
Simpan dengan selamat.
2
Kedudukan.
AWAS
Sebelum pemasangan, tentukan sama ada kabel
akan dimasukkan dari (3.1) belakang atau (3.2) sisi.
Ikut arahan yang betul.
PERHATIAN
Produk ini tidak dianjurkan untuk dicagak pada permukaan dinding
yang poros (spt. plaster) tanpa panel belakang untuk mengelakkan
pelunturan warna atau kerosakan pada dinding yang tidak dilindungi.
(Panel belakang bagi produk ini boleh didapati daripada Dyson.)
AWAS: Jangan gunakan plat belakang sebagai panduan apabila
menggerudi. Pastikan tiada perpaipan (gas, air, udara) atau kabel
elektrik, wayar atau saluran di belakang kawasan penggerudian/
cagakan.
• Pilih ketinggian yang sesuai. Ketinggian yang disarankan ada
ditunjukkan, tetapi anda mungkin perlu melaraskannya untuk setiap
pemasangan. Disarankan mengukur ketinggian dari lantai.
1300mm lelaki dewasa
1265mm perempuan dewasa.
928mm kanak-kanak berumur 5-8 tahun.
1028mm kanak-kanak berumur 8-11 tahun.
1108mm kanak-kanak berumur 11-14 tahun.
1050mm pengguna kerusi roda.
• Kelegaan minimum adalah: atas, 30mm; sisi, 220mm. Tidak boleh
ada halangan di antara unit dan lantai.
• Ukur lokasi pada dinding. Sekiranya kabel akan dimasukkan dari
belakang, kabel bekalan elektrik dari dinding mesti sejajar dengan
titik masuk kabel belakang di plat belakang.
• Tandakan pada dinding menggunakan pensil. Gunakan plat
belakang untuk menandakan lokasi untuk empat titik lekapan.
• Gerudi lubang.
• Pasang panel belakang pilihan jika perlu.
3.1
Masukan kabel belakang.
Memasang plat belakang pada dinding.
Pasangkan plat belakang dengan rapi pada dinding menggunakan
lekapan yang sesuai dengan jenis dinding dan berat unit.
Jangan gunakan skru benam. Jangan ketatkan sebelum kabel
kuasa dipasang.
Memasang kabel kuasa.
• Potong lubang masukan pada gromet kabel getah mengikut saiz
yang betul: biarkan lubang lebih kecil daripada diameter kabel
kuasa untuk memastikan kabel ketat di lubang.
• Tarik kabel melalui gromet. Pastikan panjang kabel mencukupi
untuk melalui plat belakang ke blok terminal. Kabel ini mesti
terletak di saluran yang ditetapkan.
• Lekatkan gromet pada plat belakang. Pastikan gromet terletak rapi.
• Pasangkan skru pada plat belakang.
• Teruskan dengan langkah 4, 'Menyambung ke blok terminal'.
3.2
Masukan kabel sisi.
MUSTAHAK
Kabel boleh dimasukkan dari sebelah kiri atau kanan. Tentukan
titik masukan sebelum anda mula. Unit ini direka dengan satu titik
masukan kabel sisi sahaja.
PERHATIAN: Jika masukan sisi dipilih, lubang kelima perlu digerudi
pada dinding. Pastikan anda memasang pada sisi yang betul.
Pembuka pada bahagian utama mesti sepadan dengan pendakap
pada plat belakang. Selepas panel pembuka pada bahagian utama
ditanggalkan, anda tidak boleh menukar sisi.
• Pastikan anda hanya mengendalikan sisi tumpu kasau yang anda
telah pilih untuk titik masukan kabel.
• Gunakan playar untuk menggentas hanya satu panel pembuka
yang telah ditandakan pada sisi yang betul di jasad utama.
Jajarkan ke salah satu sisi dan sekah bahagian awal panel.
• Jajarkan ke sisi yang satu lagi dansekah bahagian awal panel.
• Sekah seluruh bahagian dari bahagian tengah.
• Bersihkan plastik yang berlebihan.
• Gerudi lubang.
AWAS: Jangan gunakan plat belakang sebagai panduan apabila
menggerudi. Pastikan tiada perpaipan (gas, air, udara) atau kabel
elektrik, wayar atau saluran di belakang kawasan penggerudian/
cagakan.
• Tarik kabel bekalan elektrik melalui pendakap sisi dan kedap
pendakap sisi seperti yang ditunjukkan. Pastikan panjang kabel
mencukupi untuk melalui plat belakang ke blok terminal. (Perhatian:
kabel bagi masukan sisi kiri dan kanan tidak sama panjang.)
NOTA: Pastikan sesendal kabel/penyambung konduit yang sesuai
digunakan (tidak dibekalkan) untuk pemasangan. Memasang plat
belakang pada dinding. Pasangkan unit utama dengan rapi di dinding
menggunakan lekapan yang sesuai dengan jenis dinding dan berat
63
unit. Sisipkan pendakap sisi ke dalam lekuk di antara dinding dan
plat belakang. Skrukan ke dinding dan lekatkan dengan kelengkapan
yang sesuai. Jangan gunakan skru benam.
4
Menyambung ke blok terminal.
AMARAN: Risiko renjatan elektrik!
Pastikan kuasa tidak disambungkan.
• Pastikan kabel tidak berada di atas pandu kabel dari salur masuk
kabel ke blok terminal. Sekiranya kabel berada di atas dinding
pandu, ia akan mengganggu komponen utama, menghalang skru
keselamatan daripada dipasang dengan betul atau mengakibatkan
bahagian utama terdorong pada plat belakang dan menyebabkan
kerosakan.
• Tanggalkan skru pengapit kabel dari plat belakang. Tanggalkan
kabel dari pemegang blok terminal.
• Buka kelepak pada pemegang blok terminal. Lekatkan wayar
hidup, neutral dan bumi ke lokasi blok terminal yang betul seperti
yang ditunjukkan pada pemegang blok terminal.
• Sahkan sambungan ini betul sebelum meneruskan.
• Tutup kelepak pada pemegang blok terminal dan pasangkannya
pada plat belakang.
• Pasangkan skru dan lekatkan pengapit kabel.
AWAS: Jangan skrukan terlalu ketat sehingga meremukkan
kabel kuasa.
5
Memasang bahagian utama.
AWAS: Jangan skrukan terlampau ketat.
• Cangkukkan bahagian utama unit di atas rim atas plat belakang.
• Ayunkan bahagian utama unit ke bawah pada plat belakang.
(Bagi pemasangan dengan masukan kabel di sisi, pastikan kedap
pendakap sisi terletak pada bahagian utama dengan betul.)
• Sisipkan dan ketatkan (2) skru keselamatan pada sisi jasad utama
dengan peralatan seperti yang ditunjukkan. Kilas disarankan
adalah 0.5-0.7NM.
• Hidupkan kuasa.
• KITARAN PENENTUKURAN: Setelah unit dipasang, penderia
memerlukan masa untuk menentukur kepada persekitaran.;
Apabila kuasa dihidupkan, unit akan melalui kitaran penentukuran
selama 2 minit.;Pastikan tiada objek berada di bawah atau
berdekatan dengan unit dan jangan cuba aktifkan unit. Selepas 2
minit, anda boleh menggunakan unit seperti biasa.;Jika terdapat
masalah dengan penderia, sila matikan mesin dan hidupkannya
semula untuk mengulangi kitaran penentukuran.
• Uji unit untuk memastikan pengendalian yang betul.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières