Télécharger Imprimer la page

Makita PDC1200 Manuel D'instructions page 308

Support d'alimentation portable
Masquer les pouces Voir aussi pour PDC1200:

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 27
Menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal
Tekan butang kuasa pada unit untuk menunjukkan
kapasiti bateri yang tinggal. Lampu penunjuk menyala
selama kira-kira 5 saat.
Lampu penunjuk
Dinyalakan
Mati
NOTA: Bergantung kepada keadaan penggunaan
dan suhu persekitaran, penunjuk mungkin berbeza
sedikit daripada kapasiti sebenar.
NOTA: Sekiranya alat atau mesin mempunyai lampu
penunjuk untuk kapasiti bateri yang tinggal, jangan
rujuk kepada lampu penunjuk alat atau mesin tetapi
pada lampu penunjuk unit ini.
NOTA: Sekiranya beberapa lampu petunjuk berkelip,
bateri terlalu panas. Dalam situasi ini, sejukkan bateri
tersebut.
Sistem perlindungan alat/mesin/
bateri
Alat atau mesin dilengkapi dengan sistem perlindungan
alat atau mesin dan bateri. Sistem ini memotong kuasa
kepada motor secara automatik untuk memanjangkan
hayat alat atau mesin dan bateri. Alat atau mesin akan
berhenti secara automatik ketika operasi jika mesin
atau bateri berada dalam salah satu keadaan yang
berikut:
Perlindungan lebih beban
Apabila alat, mesin atau bateri beroperasi dengan
cara yang menyebabkan ia menarik arus tinggi yang
luar biasa, alat atau mesin secara automatik terhenti.
Dalam situasi ini, matikan alat atau mesin dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan alat atau mesin
menjadi terlebih beban. Kemudian hidupkan alat atau
mesin untuk mula semula.
Kapasiti
yang tinggal
Berkelip
75% hingga
100%
50% hingga
75%
25% hingga
50%
0% hingga
25%
Cas bateri.
Bateri
mungkin
telah
rosak.
308 BAHASA MELAYU
Perlindungan pemanasan lampau
Apabila alat, mesin atau bateri terlalu panas, alat
atau mesin terhenti secara automatik. Dalam situasi
ini, biarkan alat atau mesin dan bateri sejuk sebelum
menghidupkan semula alat atau mesin.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri tidak mencukupi, alat atau mesin
terhenti secara automatik dan lampu penunjuk akan
berkelip semasa anda menekan butang kuasa. Dalam
situasi ini, keluarkan bateri daripada alat atau mesin
dan cas bateri.
Menggunakan poket penyesuai
PERHATIAN:
Jangan gunakan unit ini dengan
kord yang terpasang menggunakan pengikat
cangkuk dan gelung poket penyesuai.
Anda boleh memasukkan penyesuai ke dalam poket
penyesuai seperti yang ditunjukkan di dalam rajah.
► Rajah5: 1. Penyesuai 2. Poket penyesuai
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan bahawa unit
dimatikan sebelum menjalankan sebarang kerja
pada unit.
Memasang unit
1.
Pasang bateri pada plat tapak pemasangan abah-
abah bahu seperti yang ditunjukkan di dalam rajah.
► Rajah6: 1. Bateri 2. Plat tapak
PERHATIAN:
Pastikan bateri dipasang
dengan kukuh pada plat tapak. Jika tidak, bateri
mungkin terjatuh semasa anda memakai unit atau
menggunakan unit tersebut, dan menyebabkan
kecederaan. Jika anda boleh melihat penunjuk merah
seperti ditunjukkan di dalam rajah, ia tidak dikunci
sepenuhnya.
► Rajah7: 1. Penunjuk merah
PERHATIAN:
Berhati-hati agar tidak tersepit
jari atau ibu jari anda antara bateri dan plat tapak
semasa memasang bateri.
PERHATIAN:
Semasa mengeluarkan bateri,
tekan butang kunci sambil memegang pemegang
dengan kemas. Sebelum mengeluarkan bateri,
tetapkan tali pinggang ke kedudukan terendah.
► Rajah8: 1. Pemegang 2. Butang kunci
2.
Selaraskan kedudukan tali pinggang. Tarik tuil
pelaras ketinggian, kemudian laraskan kedudukan
tali pinggang dengan melongsorkan plat tapak, dan
kemudian kembalikan tuil.
► Rajah9: 1. Tuil pelaras ketinggian 2. Plat tapak
3. Tali pinggang

Publicité

loading