Nilfisk ALTO SC UNO Instructions De Fonctionnement page 158

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 18
MS
setiap titik salur keluar saluran paip secara bergilir.
Apabila menyambungkan hos tekanan tinggi terus ke
mesin, sistem perlu dilohongkan dengan memulakan
pam dan mengaktifkan picu pemegang semburan tanpa
memasang batang semburan.
SC DUO:
Dalam kes sistem yang baru dipasang, atau jika saluran
paip dan pam telah dikosongkan menggunakan mana-
mana cara yang lain, sistem perlu dilohongkan seperti
berikut:
1. Pertama, mulakan pam no. 1 dan biarkan air mengalir
dari titik salur keluar saluran paip.
Apabila menyambungkan hos tekanan tinggi terus
ke mesin, aktifkan picu pemegang semburan tanpa
menyambungkan batang semburan.
Biarkan air mengalir sehingga semua udara telah
keluar dari pam (aliran air sekata).
2. Berhentikan pam no. 1. Kemudian mulakan pam no. 2
dan biarkan air mengalir dari titik salur keluar saluran
paip.
Apabila menyambungkan hos tekanan tinggi terus
ke mesin, aktifkan picu pemegang semburan tanpa
menyambungkan batang semburan.
Biarkan air mengalir sehingga semua udara telah
keluar dari pam (aliran air sekata).
3. Lohongkan saluran paip dengan memulakan satu pam
dan kemudian membiarkan air mengalir pada setiap
titik salur keluar mengikut giliran sehingga semua
udara telah keluar dari sistem.
B.1 Sambungan
B.1.1 Hos tekanan tinggi - terus pada mesin
Hos tekanan tinggi Nilfi sk dengan tekanan kerja
maksimum dan suhu dicetak perlu dipasang pada
sambungan salur keluar mesin (6) berhampiran
gandingan cepat (a).
Hos sambungan maksimum: 50 m.
Bahaya melecur!
Jangan sekali-kali menurunkan hos tekanan tinggi pada
suhu air melebihi 50°C.
PENTING: Sebelum menurunkan hos tekanan tinggi
mesin perlu dihentikan dan picu penutup ditutup.
Kemudian aktifkan picu pemegang semburan untuk
melepaskan tekanan hos tekanan tinggi.
B.1.2 Hos tekanan tinggi - ke titik salur keluar
Dalam kes saluran paip yang mempunyai titik salur
keluar tetap, hos tekanan tinggi dengan tekanan kerja
maksimum dan suhu dicetak perlu dipasang pada puting
picu tekanan tinggi (1) berhampiran gandingan cepat (a).
Setelah disambungkan pusing pemegang picu tekanan
tinggi (3) ke kedudukan buka.
Bahaya melecur!
Jangan sekali-kali menurunkan hos tekanan tinggi pada
suhu air melebihi 50°C.
158
B - Operasi
PENTING: Sebelum menurunkan hos tekanan tinggi
atau semasa menukar ke titik salur keluar yang lain,
picu tekanan tinggi perlu ditutup dengan teliti. Kemudian
aktifkan picu pemegang semburan untuk melepaskan
tekanan hos tekanan tinggi.
B.1.3 Pemegang semburan - aksesori
1. Tarik ke depan picu gandingan cepat (1) pemegang
semburan.
2. Masukkan puting batang semburan (2) ke dalam
gandingan cepat dan lepaskan picu.
3. Tarik ke depan batang semburan atau sebarang
aksesori lain untuk memastikan pemasangan yang
betul sebelum memulakan mesin.
NOTA!
Bersihkan puting daripada sebarang kekotoran setiap kali
batang semburan diturunkan.
B.1.4 Penggunaan detergen (luaran)
Jika anda ingin menggunakan detergen atau disinfektan
ini perlu didoskan pada air melalui penyuntik. Bersama-
sama dengan penyuntik, ia mungkin berfaedah untuk
menggunakan rak dinding yang boleh diletakkan batang
semburan, 2 bekas 25 l serta hos tekanan tinggi 10 m.
Di bawah anda boleh melihat pelbagai jenis titik salur
keluar dengan penyuntik.
1. Titik salur keluar dengan penyuntik boleh
dipisahkan.
Untuk disambungkan ke gandingan cepat picu tekanan
tinggi.
Untuk digunakan bagi detergen atau disinfektan kurang
berbuih.
Dos 1-8%.
2. Titik salur keluar dengan penyuntik buih boleh
dipisahkan
Untuk disambungkan ke gandingan cepat picu tekanan
tinggi.
Untuk digunakan bersama-sama dengan batang buih
bagi menggunakan detergen atau disinfektan banyak
berbuih.
Dos 1-5%.
3. Titik salur keluar dengan troli pembersihan dan
penyuntik buih
Untuk disambungkan ke gandingan cepat picu tekanan
tinggi.
Untuk digunakan dengan cara yang sama seperti "Titik
salur keluar dengan penyuntik buih boleh dipisahkan".
Boleh menempatkan 4 batang semburan, 2 bekas 25 l
serta hos tekanan tinggi 20 m.
Terjemahan Manual Arahan asal
SC UNO/DUO
A
A
A
A

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Alto sc duo

Table des Matières