Bosch DHU Série Mode D'emploi page 48

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 17
Pembersihan dan
penjagaan
Asingkan hud penyari dengan menarik
keluar palam sesalur atau mematikan fius.
Apabila membersihkan penapis gris, buang
mendapan gris dari bahagian perumah yang
boleh diakses.
Ini akan mencegah bahaya kebakaran dan
akan memastikan fungsi optimum.
Bersihkan hud penyari dengan larutan
bersabun panas atau dengan agen
pembersihan tingkap yang ringan.
Jangan mencalarkan kotoran kering, tetapi
lap dengan kain lembap.
Jangan menggunaka agen pembersihan
lelasan atau span sental.
Perhatian: Jangan menggunakan alkohol
(spirit) pada permukaan plastik, kerana ia
boleh merosakkan.
Amaran! Sediakan pengudaraan
mencukupi di dapur. Tiada nyalaan terbuka.
Bersihkan suis dengan kain lembut dan
lembap (larutan bersabun ringan) sahaja.
Jangan membersihkan suis dengan agen
pembersihan keluli tahan karat.
Permukaan keluli tahan karat:
Gunakan agen pembersihan keluli tahan
karat ringan dan bukan pelelas.
Bersihkan dalam arah permukaan tanah
sahaja.
Jangan membersihkan permukaan
keluli tahan karat dengan span sental
atau dengan agen pembersihan yang
mengandungi pasir, soda, asid atau
klorida!
48
Menggantikan lampu
Amaran! Sebelum menyentuh mentol
lampu, pastikan ia sejuk.:
1. Matikan suis hud penyari dan asingkan hud
penyari dengan menarik keluar palam
sesalur atau mematikan fius.
2. Tanggalkan penapis gris (lihat Penapis dan
penyelenggaraan).
3.Gantikan lampu (lampu lilin yang terdapat di
pasaran, maks. 40 watt, pemegang lampu
E14). Raj. 4.
4. Sambung semula kuasa dengan
memasukkan palam sesalur atau dengan
menghidupkan fius.
Malfungsi
Sila hubungi khidmat pelanggan berhubung
sebarang pertanyaan atau malfungsi.
Apabila menghubungi, sila nyatakan:
E-No. FD
Masukkan nombor di dalam kotak di atas.
Nombor tersebut boleh ditemui pada plat
penarafan
–tanggalkan penapis gris di dalam hud
penyari bagi mendedahkan plat penarafan.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières