Bahasa Malaysia - OPED SUPROshoulder Mode D'emploi

Masquer les pouces Voir aussi pour SUPROshoulder:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 8

Bahasa Malaysia

SUPROshoulder
Saranan Keselamatan
Produk ini adalah untuk sekali guna dan hanya digunakan oleh seorang pesakit sahaja.
Jika ia digunakan untuk merawat lebih daripada seorang pesakit, liabiliti produk
pengilang akan luput mengikut Akta Alat Perubatan.
Jangan sekali-kali menggunakan produk pada luka yang terbuka dan
hanya menggunakan di bawah arahan perubatan terlebih dahulu.
Pesakit hanya boleh melaraskannya setelah berunding dengan doktor yang merawat beliau.
Sekiranya anda mengalami sakit yang keterlaluan, bengkak,
kebas atau perubahan sensitiviti, reaksi luar biasa atau sensasi tidak selesa
ketika memakai SUPROshoulder, sila hubungi doktor atau juruteknik ortopedik
dengan serta-merta.
Alat ini telah dibangunkan untuk indikasi yang dinyatakan dan boleh rosak melalui
penggunaan luar biasa dan bukan mengikut tujuan atau melalui aktiviti-aktiviti seperti
bersukan, jatuh atau kemalangan lain, serta melalui cecair.
Sila rujuk doktor yang merawat anda sebelum menggunakannya bersama dengan alat
perubatan yang lain.
Sila patuhi undang-undang pengangkutan jalan di negara anda.
Bebas lateks
Cara Penggunaan
Letakkan tali bahu di sekeliling leher – kedua-dua hujung hendaklah sama panjang (Rajah 1).
Letakkan hujung bahagian hadapan tali di sekeliling pergelangan tangan dan ketatkan. Letakkan
hujung yang satu lagi di sekeliling lengan sebelah bawah dan juga ketatkan (Rajah 2-3).
Pilihan: Letakkan tali bahagian perut di sekeliling perut dan ketatkan. Pasang tali bahu pada
tali bahagian perut menggunakan pad cangkuk yang dipasang. (Rajah 4-8)
Pembersihan dan Penjagaan
Cucian: cuci tali dan pad dengan tangan
Pengeringan: biarkan kering sendiri
Ciri-ciri Produk
Saiz: S/M dan L/XL
52
lAteX
BUKAN
Sterile

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières