Philips SalonStraight Jade Mode D'emploi page 36

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
BAHASA MELAYU
36
Apabila menggunakan perkakas ini, anda mungkin terhidu bau
yang kuat. Ini disebabkan ion yang terjana dan ia tidak
memudaratkan tubuh manusia.
Plat disaluti seramik jed. Salutan ini akan beransur-ansur haus.
Apablia ini berlaku, perkakas masih akan berfungsi secara normal.
Jangan usik pengion dengan objek logam.
Bersedia untuk menggunakannya
Mencuci rambut
Pelurus memberikan hasil yang terbaik pada rambut yang dicuci dengan
bersih. Kami cadangkan supaya anda mengikut petua pencucian yang
berikut:
Apabila mencuci rambut anda, basahkan rambut anda betul-betul
selama 30-60 saat.
Tuangkan sedikit syampu ke atas tapak tangan anda. Sapukannya di
antara tangan dan agihkannya dengan sama rata pada rambut.
Urut rambut dan kulit kepala anda perlahan-lahan. Jangan kasari
rambut atau tarik rambut yang panjang ke atas kulit kepala, kerana
ini boleh menyebabkannya kusut.
Urut kulit kepala anda dengan hujung jari anda. Ini menggalakkan
peredaran darah dan bertindak lebih lembut terhadap kutikel
rambut.
Bilas rambut anda bersih-bersih, kerana bilasan yang tidak bersih
boleh menyebabkan rambut tidak bermaya. Sudahi dengan bilasan
sejuk supaya lebih bersinar.
Mengeringkan rambut
Untuk mendapatkan hasil yang lebih licin, anda perlu menyediakan
rambut anda untuk diluruskan. Keringkan rambut anda betul-betul
dengan pengering rambut untuk mendapatkan hasil yang profesional
dan licin.
Selepas dicuci, singkirkan air berlebihan dari rambut dengan
tangan anda kemudian keringkan rambut dengan tuala. Gunakan

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Hp4665/00Hp4665/29

Table des Matières