Philips SalonStraight Jade Mode D'emploi page 35

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
BAHASA MELAYU
35
Periksa keadaan kord sesalur dengan kerap. Jangan gunakan
perkakas jika plag, kord atau perkakas itu sendiri rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, atau pusat
servis yang disahkan oleh Philips, atau orang dengan kelayakan
seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Jauhkan perkakas ini daripada air! Jangan gunakan produk ini
berhampiran atau di atas air yang tertakung di dalam tab mandi,
besen basuh, sink, dan sebagainya.Apabila digunakan di dalam bilik
mandi, cabutkan plag perkakas selepas digunakan kerana air yang
berhampiran menimbulkan risiko biarpun perkakas sudah
dimatikan.
Sebagai perlindungan tambahan, kami nasihatkan supaya anda
memasang peranti arus baki (RCD) dengan arus pengoperasian
baki terkadar tidak melebihi 30mA dalam litar elektrik yang
membekalkan kuasa ke bilik mandi. Minta nasihat pemasang anda.
Jauhkan perkakas ini daripada capaian kanak-kanak.
Plat pelurus dan bahagian plastik berhampiran plat mencapai tahap
kepanasan yang tinggi dengan cepat. Elakkan permukaan panas
daripada terkena kulit anda.
Gunakan perkakas hanya pada rambut yang kering atau lembap.
Jangan biarkan plat pada rambut anda selama lebih daripada
beberapa saat setiap kali kerana ini boleh merosakkan rambut
anda.
Jauhkan perkakas daripada permukaan yang tidak tahan panas dan
jangan tutupkan perkakas dengan apa-apa (contohnya tuala atau
pakaian) apabila masih panas.
Atas sebab keselamatan, pelurus akan dimatikan secara automatik
selepas dihidupkan selama 1 jam.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas menggunakannya.
Jangan lilitkan kord sesalur di sekeliling perkakas.
Tunggu sehingga perkakas sejuk sebelum menyimpannya.
Pastikan plat pelurus bersih dan bebas daripada habuk, kotoran,
semburan pendandan dan gel. Jangan gunakan perkakas bersama
mus pendandan, semburan pendandan, gel, dan sebagainya.
Kembalikan perkakas ini kepada pusat servis yang disahkan oleh
Philips untuk diperiksa atau dibaiki. Jangan cuba baiki perkakas ini
sendiri kerana jaminan anda akan terbatal.

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Hp4665/00Hp4665/29

Table des Matières