Menggunakan Perkakas - Philips InfraCare HP3621 Mode D'emploi

Masquer les pouces Voir aussi pour InfraCare HP3621:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 12
BAHASA MELAYU
26
-
Jangan gunakan perkakas ini di suhu bilik kurang daripada 10°C atau lebih tinggi daripada 35°C.
-
Sila pastikan lohong di bahagian belakang perkakas sentiasa terbuka semasa penggunaan.
-
Jangan tutup perkakas dengan, contohnya, kain atau pakaian apabila ia telah dihidupkan.
-
Perkakas dilengkapi perlindungan automatik terhadap pemanasan melampau. Jika perkakas tidak
disejukkan secukupnya (contohnya kerana lohong pendinginan bertutup), perkakas akan mati
secara automatik. Cabut plag perkakas dan alihkan punca pemanasan melampau. Sebaik sahaja
perkakas telah menyejuk, ia boleh dihidupkan semula. Untuk berbuat demikian, masukkan plag
perkakas sekali lagi dan tekan suis hidup/mati.
-
Sejukkan perkakas selama lebih kurang 15 minit sebelum mencuci atau menyimpannya.
-
Sekiranya anda baru saja selesai berenang atau mandi, pastikan anda mengeringkan kulit anda
dengan sempurna sebelum anda menggunakan perkakas ini.
-
Jangan guna perkakas ini apabila penurasnya rosak, pecah atau hilang.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.

Menggunakan perkakas

Kesan InfraCare
InfraCare memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan menghangatkan
tisu. Kehangatan memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu mengurangkan kesakitan.
Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan pembuluh darah, yang akan
melajukan penghantaran bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu badan.
Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepatkan proses metabolisme dan pengeluaran bahan
buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu mudah dilenturkan, kehangatan juga
mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur.
Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan dengan InfraCare boleh melegakan sementara kesakitan akibat
masalah otot dan sendi.
Nota: Sila baca bahagian 'Amaran' dalam bab 'Penting' dan ikuti arahan yang tertera di sana
sebelum anda menggunakan perkakas.
Aplikasi
Aplikasi Terapeutik
InfraCare adalah perkakas terapi kehangatan setempat. Kemungkinan penggunaan terapi:
-
Rawatan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.
-
Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang.
Penggunaan lain
Anda juga boleh menggunakan InfraCare untuk tujuan-tujuan berikut:
-
Pengenduran otot
-
Persediaan untuk mengurut
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat kesihatan, lihat www.philips.com,
cari perkataan InfraCare (Gamb. 5)
Bersedia untuk menggunakan
1
Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.
2
Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar serta pastikan terdapat sekurang-
kurangnya 15 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan
melampau (Gamb. 6).
Perkakas boleh digunakan dengan pelbagai cara yang berlainan. Di bawah adalah beberapa contoh.

Publicité

Table des Matières

Dépannage

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Infracare hp3621/01

Table des Matières