Philips HR7962 Mode D'emploi page 29

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 14
1 Selamat Datang
Tahniah atas pembelian anda dan selamat
menggunakan Philips! Untuk memanfaatkan
sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas dan
simpan untuk rujukan masa hadapan.
Untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi,
resipi dan maklumat tentang produk, lawati
www.philips.com/welcome atau muat turun
Aplikasi NutriU* untuk iOS® atau Android™.
*Aplikasi NutriU mungkin tidak tersedia di
negara anda. Dalam hal demikian, sila lawati
laman web Philips tempatan anda untuk
mendapatkan inspirasi
Amaran
Jangan rendam unit motor di dalam air
atau membilasnya di bawah paip.
Sebelum anda menyambungkan perkakas
ke kuasa, pastikan voltan yang dinyatakan
di bahagian bawah perkakas sesuai
dengan voltan kuasa setempat.
Jangan gunakan perkakas jika kord kuasa,
palam, penutup pelindung, penyaring
berputar atau mana-mana bahagian lain
sudah rosak atau kelihatan retak.
Jika kord kuasa rosak, ini mesti digantikan
oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan
oleh Philips ataupun orang seumpamanya
yang layak untuk mengelakkan bahaya.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang
yang kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental, atau kurang berpengalaman
dan pengetahuan jika mereka diberi
pengawasan atau arahan berkenaan
penggunaan perkakas secara selamat
dan jika mereka memahami bahaya yang
mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan perkakas ini.
Perkakas ini tidak seharusnya digunakan
oleh kanak-kanak. Jauhkan perkakas dan
kordnya daripada capaian kanak-kanak.
Jangan biarkan perkakas digunakan tanpa
pengawasan.
Keluarkan pemukul, pemukul jalur atau
cangkuk doh daripada mesin dapur anda
sebelum mencuci alat tersebut.
Jika alat mangkuk tersekat, cabut palam
perkakas sebelum anda mengeluarkan
bahan yang menyekat alat mangkuk
tersebut.
Jika makanan melekat pada dinding
mangkuk pengadun atau balang
pengisar, matikan perkakas, kemudian
gunakan spatula (tidak disediakan) untuk
mengeluarkan makanan tersebut dari
dinding.
Jangan sesekali gunakan jari anda
atau objek (contohnya, spatula) ke
dalam mangkuk pengadun apabila
menggunakan mana-mana alat semasa
perkakas dijalankan.
Berhati-hati jika cecair panas dituangkan
ke dalam mangkuk atau balang pengisar
kerana ini akan menolaknya keluar
daripada perkakas disebabkan oleh
pengewapan yang mengejut.
Jangan sesekali pasang dan gunakan lebih
daripada satu alat atau aksesori pada
mesin dapur pada masa yang sama.
Perkakas ini dimaksudkan untuk
penggunaan di rumah sahaja.
Berhati-hati semasa mengendalikan bilah
pemotong yang tajam, mengosongkan
mangkuk dan semasa pembersihan
Awas
Matikan dan cabut palam perkakas jika
perkakas dibiarkan tanpa pengawasan
dan sebelum memasang, membuka,
membersihkan dan mengecas aksesori
atau mendekati bahagian yang bergerak
semasa digunakan.
Untuk dapat mengelak bahaya yang
disebabkan penetapan semula tidak
sengaja pematian terma, perkakas ini tidak
boleh dibekalkan melalui peranti suis luar,
seperti pemasa atau disambungkan ke litar
yang selalu dihidupkan dan dimatikan oleh
utiliti.
MS
29

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières