Eropah
Promethean dengan ini mengisytiharkan bahawa peralatan ini mematuhi Arahan Voltan Rendah 2014/35/EU dan Arahan
Keserasian Elektromagnet 2014/30/EU.
Pengisytiharan Keakuran penuh EU boleh didapati dengan mencari nama bagi model di
Peralatan ini merupakan produk Kelas B.
Peralatan Elektrik dan Elektronik Sisa (WEEE)
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pembuangan secara betul produk-produk ini, sila hubungi penjual Promethean anda.
Pematuhan ENERGY STAR
Paparan Papan Tanda dengan modul pasang masuk
Sebagai Rakan Niaga ENERGY STAR, Promethean Limited telah mengikuti proses kelayakan produk
dan pensijilan produk yang dipertingkat EPA untuk memastikan bahawa produk yang ditandakan dengan
logo ENERGY STAR mendapat kelayakan ENERGY STAR mengikut garis panduan ENERGY STAR yang
berkenaan bagi kecekapan tenaga. Logo ini muncul pada bekas pen berdekatan sambungan hadapan
pada semua Paparan Papan Tanda bertauliah ENERGY STAR.
Program ENERGY STAR untuk Paparan Papan Tanda dicipta oleh EPA untuk menggalakkan kecekapan tenaga dan
mengurangkan pencemaran udara melalui peralatan yang lebih cekap tenaga di pejabat, bilik darjah dan kilang. Salah satu cara
untuk sesebuah produk mencapai matlamat ini adalah dengan menggunakan ciri pengurusan kuasa untuk mengurangkan
penggunaan kuasa apabila produk tidak digunakan.
Untuk AP7-B70-02, AP7-B75-02 dan AP7-B86-02, mod tidur boleh dimulakan dalam beberapa cara yang berbeza. Pengguna
boleh bertindak dengan menekan butang kuasa pada panel selama 3 saat atau arahan jarak jauh boleh dihantar menerusi RS232.
Panel juga akan bertukar ke mod tidur tanpa tindakan pengguna selepas 3 jam tidak aktif.
AP7-B70-02, AP7-B75-02 dan AP7-B86-02 boleh keluar daripada mod tidur dengan pengguna menekan butang kuasa,
dengan pengesan hampir yang mengesan kehadiran pengguna atau melalui arahan jarak jauh menerusi RS232. Sekiranya berlaku
pengesanan hampir, panel akan beralih daripada mod tidur ke mod tenaga rendah lain iaitu mod SEDIA.
Sekiranya tetapan kecerahan atau tetapan mod kuasa diubah oleh pengguna, penggunaan tenaga panel boleh meningkat melebihi
had yang diperlukan untuk pensijilan ENERGY STAR.
Maklumat tambahan mengenai program ENERGY STAR dan manfaatnya terhadap alam sekitar boleh didapati di laman web EPA
ENERGY STAR di
http://www.energystar.gov
Pernyataan reka bentuk eko
Setelah tidak aktif selama 60 minit, mesej akan muncul di skrin ActivPanel menunjukkan produk akan memasuki mod sedia. Ini
dipaparkan selama 1 minit. Sejurus selepas mesej ini hilang, ActivPanel memasuki mod sedia.
48
support.prometheanworld.com
ActivPanel Titanium Quick Install Guide