Philips HR1858 Mode D'emploi page 32

Masquer les pouces Voir aussi pour HR1858:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 12
BaHasa MElayu
32
-
Kelajuan 1 sesuai khususnya untuk buah-buahan dan sayuran lembut seperti tembikai, anggur,
tomato, timun dan raspberi.
-
Kelajuan 2 sesuai untuk semua jenis buah-buahan dan sayuran.
4
Masukkan kepingan yang telah dipotong ke dalam tiub suapan dan tekan perlahan-lahan ke
bawah ke arah penuras berputar dengan menggunakan penolak (Gamb. 7).
Jangan tekan penolak dengan terlalu kuat, kerana ini boleh menjejaskan mutu hasil akhir malah boleh
juga menyebabkan turas terhenti.
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau apa-apa objek ke dalam tiub suapan.
Selepas anda memproses semua ramuan dan aliran jus telah berhenti, matikan perkakas dan tunggu
sehingga turas berhenti berputar.
5
Luncurkan pemisah busa ke dalam jag jus (1) dan letakkan tudung pada jag jus (2). Dengan
cara ini, busa tertinggal di dalam jag apabila anda menuang keluar jus. (Gamb. 8)
Nota: Jika anda mahukan minuman dengan lapisan busa, jangan gunakan pemisah busa.
Petua
-
Gunakan buah-buahan dan sayuran segar kerana kandungan jusnya yang lebih banyak. Nanas,
akar manis, batang saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai, tomato, delima, oren dan
anggur sangat sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus.
-
Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kulit tebal, contohnya kulit buah oren,
nanas dan ubi bit yang tidak dimasak perlu dikupas.
-
Semasa memerah jus epal, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung pada jenis epal yang
anda gunakan. Epal yang lebih berjus memberikan jus yang lebih cair. Pilih jenis epal yang
menghasilkan jenis jus yang anda suka.
-
Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh melambatkan proses ini
dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.
-
Buah-buahan yang mengandungi kanji, seperti pisang, betik, avokado, pisang salai dan mangga
tidak sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus. Gunakan pemproses makanan, pengisar atau
pengisar bar untuk memproses buah-buahan ini.
-
Dedaun dan batang dedaun salad, contohnya, juga oleh diproses di dalam pemerah jus.
-
Minum jus serta-merta selepas diperah. Jika ia didedahkan kepada udara untuk beberapa waktu,
jus akan kehilangan rasa dan nilai pemakanannya.
-
Untuk memerah isi padu jus yang maksimum, sentiasa tekan penolak ke bawah dengan perlahan-
lahan.
-
Pemerah jus tidak sesuai untuk memproses buah-buahan atau sayuran yang sangat keras dan/
atau yang berserat/berkanji seperti tebu.
Resepi
sup lobak kuda
Ramuan:
-
80g mentega
-
1 liter air rebusan sayur
-
50ml jus lobak kuda (anggaran. 1 ketul lobak)
-
250ml krim putar
-
125ml wain putih
-
Jus lemon
-
garam
-
3-4 sudu besar tepung gandum

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières