Télécharger Imprimer la page

Iqua 603 SUN Manuel D'utilisation page 22

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 10
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2
Gambaran keseluruhan produk
1. Butang Multifunction Menghidup/ mematikan kuasa, menjawab/ menamatkan panggilan
2. Butang Volume + Menguatkan bunyi
3. Butang Volume- Memperlahankan bunyi
4. Penyambung pengecasan Penyambung pengecasan mini-USB
5. Lampu petunjuk Petunjuk status dengan lampu biru dan merah
Kandungan pakej jualan
a. Set Kepala
b. Pengecas Dinding
c. Risalah Panduan Pengguna
d. Guía rápida
e. Cangkuk Telinga
f. 2 Penyumbat Telinga (satu pada set kepala)
g. Kalung Pembawa
Untuk Bermula
Mengecas bateri
Sebelum menggunakan Iqua 603 SUN untuk pertama kali, anda hendaklah terlebih
dahulu mengecasnya kira-kira 2 jam.
Apabila bateri sudah tercas sepenuhnya, ia memberikan masa bercakap sehingga 12
jam dan masa tunggu sedia yang tiada hadnya bergantung pada cahaya persekitaran.
Sentiasa gunakan pengecas yang dibekalkan dalam pakej jualan.
1. Sambungkan kabel pengecas kepada Iqua 603 SUN.
2. Cucukkan pengecas pada soket dinding. Lampu merah akan menyala.
3. Apabila bateri telah tercas sepenuhnya, lampu merah akan padam.
Menghidup dan mematikan
Menghidupkan Iqua 603 SUN
Semasa set kepala mati, tekan dan tahan butang Multifunction sehingga lampu birunya
berkelip-kelip.
Mematikan Iqua 603 SUN
Semasa set kepala hidup, tekan dan tahan bebutang Multifunction sehingga lampu
merahnya berkelip-kelip.
Memasangkan Iqua 603 SUN dengan telefon bimbit anda
Pemasangan adalah proses menghubungkan Iqua 603 SUN dengan telefon bimbit
serasi Bluetooth anda.
Setelah proses ini selesai, anda boleh menggunakan Iqua 603 SUN bersama dengan
telefon bimbit yang telah dipasangkan dengannya. Jika anda ingin menggunakan Iqua
603 SUN dengan telefon bimbit lain, anda hendaklah mengulangi proses pemasangan
ini sekali lagi. Walaupun Iqua 603 SUN boleh dipasangkan dengan 8 telefon serasi, ia
hanya boleh bersambung kepada satu telefon sahaja pada satu-satu masa. Apabila
ia telah dipasangkan dengan 8 telefon, peranti kesembilan yang dipasangkan akan
menggantikan peranti pertama yang dipasangkan dengannya.
Untuk maklumat keserasian terkini sila lawati www.iqua.com
Proses pemasangan
1. Hidupkan set kepala, tekan dan tahan butang Volume + dan Volume – sehingga
lampu biru dan merahnya mula berkelip secara berganti-ganti.
2. Lepaskan butang tadi. Sekarang Iqua 603 SUN berada dalam mod pemasangan.
3. Semak manual telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara
mencari dan memasang.
4. Apabila telefon telah menjumpai set kepala, ia akan memaparkan 'Iqua 603 SUN'
pada skrinnya.
5. Untuk memasangkannya dengan telefon, masukkan kod PIN 0000.
6. Setelah selesai pemasangan, Iqua 603 SUN akan bersambung ke telefon bimbit anda
secara automatik. Sebaik sahaja pemasangan dan penyambungan berjaya, lampu
biru akan berkelip sebanyak dua kali setiap 8 saat. Set kepala ini sekarang bersedia
untuk membuat dan menerima panggilan.
Memutuskan sambungan antara Iqua 603 SUN dan telefon anda
Cara termudah untuk memutuskan sambungan antara Iqua 603 SUN dan telefon anda
adalah dengan mematikan Iqua 603 SUN.
Menyambungkan semula Iqua 603 SUN yang telah dipasangkan dengan telefon
yang serasi dengannya
Untuk menyambungkan semula Iqua 603 SUN kepada telefon terakhir yang digunakan,
hanya hidupkan set kepala dan ia akan bersambung kepada telefon tersebut secara
automatik.
Ada masa-masanya dimana set kepala berada di luar kawasan operasi Bluetooth
(sehingga 10 meter, cth. pengguna yang menggunakan set kepala ini berjalan menjauhi
telefon), set kepala ini akan terputus sambungan dari telefon dan pengguna akan
mendengar nada amaran dari set kepala. Sekarang, set kepala berada dalam mod
"hidup tetapi tiada sambungan Bluetooth" (lampu biru berkelip sekali setiap 5 saat).
Jika set kepala kembali ke kawasan operasi dalam masa 10 minit, Iqua 603 SUN akan
bersambung semula dengan telefon yang terakhir bersambung dengannya secara
automatik. Jika set kepala berada di luar kawasan operasi lebih dari 10 minit, tekan
dan tahan kedua-dua butang Multifunction dan Volume + atau butang Multifunction dan
Volume –untuk mengaktifkan semula sambungan.
Fungsi Panggilan
Menjawab panggilan
Tekan dengan ringan butang Multifunction untuk menjawab panggilan masuk.
Menamatkan panggilan
Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan dengan ringan butang Multifunction. Anda
akan mendengar nada apabila panggilan telah ditamatkan.
Menolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan masuk yang tidak ingin dijawab, tekan butang
Multifunction sebanyak dua kali untuk menolak panggilan tersebut.
Mendail semula nombor terakhir yang didail
Tekan dan tahan butang Volume+ sehingga anda mendengar nada. *Dengan sesetengah
model telefon, tekan butang Volume + sekali lagi untuk mendail nombor yang terpapar
pada telefon.
Pendailan suara (jika disokong oleh telefon)
Tekan dan tahan butang Volume – sehingga anda mendengar nada (Fungsi Pendailan
Suara diaktifkan di telefon), sebutkan tag suara. Sila rujuk kepada risalah panduan
pengguna telefon anda untuk butiran terperinci. Sesetengah model telefon tidak
menyokong pendailan suara.
Melaraskan kelantangan bunyi
Tekan butang Volume + untuk menguatkan bunyi. Tekan butang Volume - untuk
memperlahankan bunyi.
Bisu & nyah-bisu
Semasa panggilan, tekan dan tahan kedua-dua butang Multifunction dan Volume +
sehingga anda mendengar nada.
Bertukar antara telefon & set kepala
Untuk memindahkan panggilan dari Iqua 603 SUN ke telefon anda atau sebaliknya,
Spesifi kasi Produk
Model
Iqua 603 SUN
Saiz
50 (P) x 25 (L) x 12.5 (T) mm
Berat
14g
Masa berbual
Sehingga 12 jam bergantung pada cahaya persekitaran
Masa tunggu sedia
Tidak terhad bergantung pada cahaya persekitaran
Masa pengecasan
Dalam masa 2 jam
Jenis bateri
Bateri Li-Polimer
Jenis sel solar
a-Si
Standard Bluetooth
Spesifi kasi Bluetooth 2.0 /Kelas II
Profi l Bluetooth yang disokong
Handsfree1.5 dan Headset 1.1
Sambungan
Titik-ke-titik
Peranti terpasang
Sehingga 8, satu dalam satu-satu masa.
Jarak Kendalian
10 meter
Julat suhu kendalian
0°C hingga 45°C
Julat suhu penyimpanan
-20°C hingga 55°C
tekan dan tahan kedua-dua butang Multifunction and Volume –. Anda akan mendengar
nada apabila pemindahan telah berjaya.
Memadam peranti terpasang
Iqua 603 SUN boleh dipasangkan dengan 8 peranti. Apabila ia telah dipasangkan
dengan 8 peranti, peranti kesembilan yang dipasangkan akan menggantikan peranti
pertama yang dipasangkan dengannya. Anda juga boleh memadam senarai peranti
terpasang bagi set kepala ini untuk memasangkannya dengan peranti lain. Semasa set
kepala hidup tetapi tidak bersambung dengan mana-mana peranti Bluetooth, tekan dan
tahan butang Volume + selama 5 saat sehingga anda mendengar nada.
Mengeset semula perkakas
Jikalau set kepala anda tersekat (jam) anda mungkin perlu mengeset semula perkakas
dan mulakan semula set kepala. Cucukkan palam pengecas kepada set kepala dan
pada masa yang sama tekan dan tahan butang Volume+. Lepaskan butang Volume+,
set kepala akan mati.
Ringkasan petunjuk lampu
Lampu LED Iqua 603 SUN boleh jadi biru atau merah dan kebiasaannya ia disertai
dengan isyarat bunyi.
Kuasa hidup/ mati
Kuasa hidup tetapi tiada sambungan Bluetooth
Sambungan aktif
Mod pemasangan
Bateri lemah
Mengecas bateri
Pengurusan kuasa
Produk ini dibekali kuasa oleh bateri boleh cas terbina dalam dan panel suria yang
tidak boleh diganti. Jangan sesekali cuba untuk mengganti salah satu daripadanya.
Bateri boleh cas boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi lama-kelamaan
ia akan haus. Selepas suatu tempoh masa yang berbeza-beza bergantung kepada
keadaan penggunaannya, anda akan dapati bateri terbina dalam ini hanya mampu
membekalkan kuasa kepada peralatan anda untuk dua jam sahaja dan ia memerlukan
anda mengecasnya dengan lebih kerap lagi. Cas peranti anda dengan menggunakan
pengecas yang disediakan dalam pakej jualan ini sahaja. Cabut palam pengecas jika
tidak digunakan. Jangan biarkan peranti bersambung kepada pengecas lebih lama
daripada masa yang diperlukan, kerana pengecasan berlebihan mungkin memendekkan
jangka hayat bateri. Jika dibiarkan tidak digunakan bateri yang tercas penuh akan
menyahcas sendiri mengikut masa. Tinggi rendah suhu yang melampau boleh
menjejaskan keupayaan pengecasan bateri. Sentiasa pastikan peranti berada dalam
keadaan suhu antara 15 °C dan 25 °C (59 °F dan 77 °F). Meninggalkan peranti di dalam
tempat yang panas atau sejuk seperti di dalam kereta tertutup pada musim panas atau
sejuk akan mengurangkan keupayaan dan memendekkan jangka hayat bateri. Peranti
yang baterinya panas atau sejuk mungkin tidak dapat berfungsi seketika walaupun bateri
itu tercas penuh. Prestasi bateri sangat terhad dalam telaga suhu di bawah takat beku.
Jangan cas bateri di dalam persekitaran yang lembap.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
– Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau lembapan kerana ia tidak
kalis air.
– Jangan guna atau simpan peranti di dalam tempat yang berhabuk dan
kotor. Bahagian boleh gerak dan komponen elektroniknya boleh rosak.
– Jangan simpan peranti di tempat panas. Suhu tinggi boleh memendekkan
jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meleding atau
mencairkan sesetengah plastik.
– Jangan simpan peranti di tempat sejuk. Apabila peranti kembali ke suhu
normalnya, lembapan mungkin akan terbentuk di dalam peranti dan
merosakkan papan litar elektroniknya.
– Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar
boleh mematahkan papan litar dan bahagian mekanik halusnya.
– Jangan gunakan bahan kimia, pelarut atau bahan pencuci yang kuat untuk
membersihkan peranti ini.
– Gunakan kain yang lembut, bersih dan kering untuk membersihkan kanta-
kantanya.
– Jangan dedahkan peranti anda kepada sentuhan dengan objek tajam
kerana ini akan menyebabkan calar dan kerosakan.
– Jangan lekatkan apa-apa di bahagian dalam peranti kerana ini boleh
merosakkan komponen dalamnya.
– Jangan buka peranti atau pengecas kerana kedua-duanya tidak mempunyai
bahagian yang perlu diservis dan dengan membukanya anda mungkin
terdedah kepada voltan berbahaya atau bahaya lain.
– Bertindak mengikut undang-undang dan peraturan tempatan dan jangan
buang produk ini sebagai sebahagian daripada buangan isi rumah biasa.
Ikut sistem pungutan berasingan yang berkenaan bagi barangan elektrik
dan elektronik.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan bagi Produk IQUA saya?
Jika anda yakin anda layak mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau ganti bagi
produk IQUA anda berdasarkan hak berkanun di bawah undang-undang negara yang
boleh dikenakan berkaitan penjualan barangan konsumer atau jaminan yang diberikan
oleh wakil penjual yang telah menjual Produk IQUA ini kepada anda, sila hubungi wakil
penjual anda.
AKUAN PEMATUHAN
Kami, Iqua Ltd., mengaku di bawah tanggungjawab kami sendiri, bahawa produk ini,
BHS-603 SUN, mematuhi peruntukan-peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC. Salinan
Akuan Pematuhan ini boleh didapati di http://www.iqua.com/declaration_of_conformity
Copyright © 2008 Iqua Ltd
22
MY
LED biru berkelip sekali/ LED merah
berkelip sekali
LED biru berkelip sekali setiap 5 saat
LED biru berkelip dua kali setiap 8 saat
LED biru dan merah berkelip
berganti-ganti
Nada bateri lemah dimainkan
LED merah menyala berterusan

Publicité

loading