Letakkan gel nyala pada arang secara
berhati-hati.
Nyalakan arang dengan penirus yang
panjang atau mancis.
Apabila nyalaan mati, periksa sama ada
arang mula merah menyala.
Adalah dicadangkan yang arang pada
barbeku dibiarkan membara sekurang-
kurangnya 30-40 minit sebelum memasak.
Jangan mula memasak sebelum arang ada
salutan abu.
Selesai Sesi Memasak
Gunakan kain yang lembap dengan air
suam berserta cecair pencuci untuk
membersihkan barbeku. Jangan gunakan
bahan yang mengakis.
Barbeku akan rosak jika pencuci yang
mengakis atau objek tajam digunakan untuk
membersihkannya.
Keselamatan Makanan
Sila baca dan patuhi nasihat ini apabila
memasak barbeku anda:
•
Sentiasa cuci tangan anda sebelum dan
selepas mengendalikan daging mentah
dan sebelum makan.
•
Sentiasa letakkan daging mentah jauh
daripada daging masak dan makanan
lain.
•
Sebelum memasak, pastikan permukaan
gril barbeku serta peralatannya bersih
dan bebas daripada sisa makanan lama.
•
Jangan gunakan peralatan yang sama
untuk mengendalikan makanan yang
telah dimasak dan belum dimasak.
•
Pastikan semua daging dimasak
sepenuhnya sebelum menikmatinya.
•
Untuk mengelakkan risiko daging tidak
masak sepenuhnya, belah daging untuk
memastikan bahagian dalamnya masak.
•
Masakan awal untuk daging yang
lebih besar disyorkan sebelum anda
memasaknya di atas barbeku.
•
Selepas memasak di atas barbeku anda,
sentiasa bersihkan permukaan gril
memasak dan peralatan.
Penjagaan, Penyenggaraan dan Storan
•
Bersihkan barbeku anda dengan kerap
di antara penggunaan dan terutamanya
selepas disimpan lama.
•
Pastikan barbeku dan komponennya
cukup sejuk sebelum dibersihkan.
•
Jangan sesekali menyimbah barbeku
dengan air apabila permukaannya
panas.
•
Jangan sesekali mengendalikan
bahagian yang panas dengan tangan
yang tidak beralas.
•
Jangan biarkan barbeku anda terdedah
apabila tidak digunakan. Simpan
barbeku anda di dalam bangsal atau
garaj apabila tidak digunakan untuk
mengelakkan kesan cuaca, terutamanya
jika anda tinggal berdekatan kawasan
pantai.
•
Pendedahan berterusan kepada cahaya
matahari, air, udara laut/air laut boleh
menyebabkan kerosakan kepada
barbeku anda. (Penutup mungkin tidak
cukup untuk melindungi barbeku anda
dalam sesetengah situasi ini.)
•
Bagi memanjangkan hayat dan
mengekalkan keadaan barbeku anda,
kami mengesyorkan anda menutupnya
dengan sarung apabila dibiarkan di luar
bangunan, tanpa mengira berapa lama
ia berada di luar, terutamanya ketika
bulan musim sejuk.
•
Sebelum barbeku disimpan, pastikan
semua baki abu atau arang dibersihkan.
103