Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 12

BAHASA MELAYU

26
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Gunakan AirFloss sebagai sebahagian rutin penjagaan gigi anda.
Selain menggosok gigi, ia membantu mengurangkan plak gigi.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jauhkan pengecas dari air. Jangan letak atau simpan di atas atau
berdekatan dengan air yang terdapat di dalam tab mandi, singki, dsb.
Jangan benamkan pengecas ke dalam air atau sebarang cecair lain.
Selepas membersihkannya, pastikan pengecas benar-benar kering
sebelum anda menyambungkannya dengan sesalur kuasa.
Amaran
-
Kord sesalur kuasa tidak boleh diganti. Sekiranya kord sesalur kuasa
rosak, buang pengecas tersebut. Pastikan anda menggantinya setiap
kali dengan jenis yang asli bagi mengelakkan bahaya.
-
Jika perkakas rosak walaupun sedikit (muncung, pemegang dan/atau
pengecas AirFloss), berhenti menggunakannya.
-
Perkakas ini tidak mengandungi sebarang bahagian yang boleh
disenggara. Jika perkakas rosak, hubungi Pusat Jagaan Pelanggan di
negara anda (lihat bab 'Jaminan dan sokongan').
-
Jangan gunakan pengecas di luar atau berdekatan permukaan panas.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières