Philips HR2027 Mode D'emploi page 30

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
BaHasa MElayu
30
3
Letakkan balang pengisar dengan unit pisau dipasang di dalamnya pada unit motor dan
pasangkannya dengan memutarkannya mengikut arah jam ('klik'). (Gamb. 5)
Balang pengisar boleh dipasang dengan dua cara: dengan pemegangnya berada di sisi kanan atau di
sisi kiri.
4
Masukkan plag utama ke dalam soket.
Menggunakan pengisar
1
Letak bahan-bahan dalam balang pengisar.
2
Letakkan penutup pada balang dan pusingkannya sehingga ia dipasang dengan betul ('klik').
3
Masukkan cawan penyukat ke dalam bukaan pada tudung. (Gamb. 6)
4
Tekan butang kelajuan 1 atau 2 untuk menghidupkan pengisar.
Selepas pemprosesan, tekan butang denyut/mati untuk mematikan pengisar. Jika anda hendak
mengisar bahan hanya buat seketika, gunakan butang denyut/mati dan bukannya butang kelajuan.
Petua
-
Jika anda hendak menghancurkan kiub ais, jangan masukkan lebih daripada 6 kiub ais (iaitu lebih
kurang 25x35x25mm) ke dalam balang pengisar dan tekan butang denyut beberapa kali.
-
Potong daging atau bahan pejal lain menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke
dalam balang pengisar.
-
Jangan kisarkan jumlah bahan pejal yang banyak sekali gus pada waktu yang sama. Untuk
mendapatkan hasil terbaik, kami nasihatkan agar anda mengisar bahan-bahan ini sedikit demi
sedikit.
-
Untuk membuat jus tomato, potong tomato menjadi empat bahagian dan masukkannya melalui
bukaan pada tudung ke atas mata bilah yang berputar.
Membuka blender
1
Tanggalkan plag sesalur kuasa dari soket dinding.
2
Tanggalkan tudung dengan cawan penyukat daripada balang pengisar.
3
Pusingkan balang pengisar dengan unit mata pisau dipasang melawan arah jam untuk
mengeluarkannya dari unit motor.
4
Bersihkan semua bahagian boleh tanggal serta merta selepas penggunaan (lihat bab
'Pembersihan').
Penuras (HR2027 sahaja)
Dengan menggunakan penuras ini, anda boleh menyediakan jus buah, koktel, atau susu soya yang
segar dan lazat. Penuras mengelakkan biji dan kulit daripada memasuki minuman anda.
Jangan sekali-kali membebankan penuras. Jangan masukkan lebih daripada 70g kacang soya (berat
belum rendam) atau 150g buah ke dalam penuras pada waktu yang sama.
Menyediakan penapis untuk penggunaan
1
Lekapkan balang pengisar dengan unit mata pisaunya dipasang pada unit motor. Pusingkan
balang pengisar mengikut arah jam untuk memasangnya ('klik') (Gamb. 5).
Balang pengisar boleh dipasang dengan dua cara: dengan pemegangnya berada di sisi kanan atau di
sisi kiri.
2
Masukkan penapis ke dalam balang pengisar (Gamb. 7).
Pastikan alur-alur penuras terpasang dengan tepat pada rusuk-rusuk di dalam balang pengisar.
3
Masukkan plag utama ke dalam soket.

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Hr2024Hr2021Hr2020 cb

Table des Matières