Philips GC7000 Série Mode D'emploi page 28

Masquer les pouces Voir aussi pour GC7000 Série:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 10
BAHASA MELAYU
30
PENTING - Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk
memastikan pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini
membantu mengekalkan prestasi stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta
kotoran keluar daripada plat tapak. Untuk memastikan yang proses pembersihan
dilakukan, penjana stim akan memberikan peringatan berkala. Selain itu, langkah
keselamatan kedua untuk melindungi penjana stim daripada kerak telah
disepadukan: fungsi stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak
dilakukan setelah 1 jam menyeterika dengan stim selepas peringatan diberikan.
Selepas penanggalan kerak dilakukan, fungsi stim akan dipulihkan. Ini berlaku
tanpa mengambil kira jenis air yang digunakan.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
-
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu butang Pembersihan
Kerak akan mula bernyala dan perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip
yang menandakan anda perlu melakukan proses Pembersihan Kerak (Gamb. 6).
-
Anda boleh terus menyeterika dengan stim untuk 1 jam sementara cahaya
Pembersihan Kerak berkelip dan bunyi bip perkakas berbunyi. Selepas 1 jam,
fungsi stim akan dinyahdayakan secara automatik. Anda perlu melakukan
proses Pembersihan Kerak sebelum meneruskan penyeterikaan stim. (Gamb. 7)
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak
Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Sentiasa lakukan proses Calc-Clean dengan bekas Calc-Clean. Jangan ganggu
proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana air
panas dan stim akan keluar dari plat tapak.
1
Isikan separuh tangki air (Raj. 8).
Catatan: Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN
ketika proses Pembersihan Kerak.
2
Letakkan bekas Calc-Clean di papan seterika atau sebarang permukaan lain
yang stabil dan rata (Raj. 9).
3
Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Calc-Clean (Raj 10).
4
Tekan dan tahan butang CALC-CLEAN selama 2 saat sehingga anda
mendengar bunyi bip singkat (Raj. 11)
Catatan: Bekas CALC-CLEAN telah ditetapkan untuk mengumpulkan partikel
kerak dan air panas sewaktu proses Calc-Clean. Adalah sangat selamat untuk
meletakkan seterika di atas bekas ini sepanjang proses.
5
Semasa proses Calc-Clean, anda akan mendengar bunyi bip dan bunyi
mengepam (Raj.12).
6
Tunggu lebih kurang 2 minit untuk perkakas melengkapkan proses. Apabila
proses Calc-Clean selesai, seterika akan berhenti mengeluarkan bunyi bip dan
lampu CALC-CLEAN berhenti berkelip (Raj. 13).
7
Lap seterika dengan kain (Raj. 14). Letakkan semula seterika pada stesen
seterika.

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Gc7035/28Perfectcare viva gc7000 sériePerfectcare viva gc7040/20

Table des Matières