Télécharger Imprimer la page

Iqua Essence BHS-316 Mode D'emploi page 26

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 10
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2
Gambaran keseluruhan produk
. Butang Multifunction
Menghidup/ mematikan kuasa, menjawab/menamatkan
panggilan
2. Lampu petunjuk
Petunjuk status dengan lampu hijau dan merah
3. Penyambung pengecasan
Penyambung mikro USB
4. Penyumbat telinga
5. Butang Volume +
Menguatkan bunyi
6. Butang Volume-
Memperlahankan bunyi
7. Mikrofon
Kandungan pakej jualan
a. Set kepala
b. 2 penyumbat telinga (satu terpasang pada set kepala)
c. Cangkuk Telinga
d. Kalung Pembawa (dalam pasaran terpilih)
e. Pengecas Dinding
f. Panduan Pantas
Untuk bermula
Mengecas bateri
Sebelum menggunakan BHS-316 untuk pertama kali, anda hendaklah terlebih dahulu
mengecasnya kira-kira 2 jam.
Apabila bateri sudah tercas sepenuhnya, set kepala ini memberikan masa bercakap
sehingga 6 jam dan masa tunggu sedia sehingga 150 jam. Sentiasa gunakan pengecas
yang dibekalkan dalam pakej jualan.
1. Sambungkan kabel pengecas kepada Iqua BHS-316.
2. Cucukkan pengecas pada soket dinding. LED merah akan menyala dan berkelip-kelip
berterusan.
3. Apabila bateri telah tercas sepenuhnya, LED merah akan padam dan LED hijau akan
menyala.
Menghidup dan mematikan
Menghidupkan Iqua BHS-316
Apabila set kepala mati, tekan dan tahan butang Multifunction sehingga lampu hijaunya
berkelip-kelip.
Mematikan Iqua BHS-316
Apabila set kepala hidup, tekan dan tahan butang Multifunction sehingga lampu
merahnya berkelip sekali dan kemudian mati.
Memasangkan Iqua BHS-316 dengan telefon bimbit anda
Pemasangan adalah proses menghubungkan Iqua BHS-316 dengan telefon bimbit serasi
Bluetooth anda. Setelah proses ini selesai, anda boleh menggunakan Iqua BHS-316
bersama dengan telefon bimbit yang telah dipasangkan dengannya. Jika anda ingin
menggunakan Iqua BHS-316 dengan telefon bimbit lain, anda hendaklah mengulangi
proses pemasangan ini sekali lagi. Walaupun Iqua BHS-316 boleh dipasangkan dengan
8 telefon serasi, ia hanya boleh bersambung kepada satu telefon sahaja pada satu-satu
masa. Apabila ia telah dipasangkan dengan 8 telefon, peranti ke-9 yang dipasangkan
akan menggantikan peranti pertama yang dipasangkan dengannya.
Untuk maklumat keserasian terkini sila lawati www.iqua.com.
Proses pemasangan
. Hidupkan set kepala, tekan dan tahan butang Volume + dan Volume – sehingga
lampu hijau dan merahnya mula berkelip secara berganti-ganti.
2. Lepaskan butang tadi. Sekarang Iqua BHS-316 berada dalam mod pemasangan.
3. Semak manual telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara
mencari dan memasang.
4. Apabila telefon telah menjumpai set kepala, ia akan memaparkan Iqua Essence pada
skrinnya.
5. Untuk memasangkannya dengan telefon, masukkan kod PIN 0000.
6. Setelah selesai pemasangan, Iqua BHS-316 akan bersambung kepada telefon bimbit
anda secara automatik. Sebaik sahaja pemasangan dan penyambungan berjaya,
lampu hijau akan berkelip sebanyak dua kali setiap 8 saat. Sekarang, set kepala anda
sedia untuk membuat dan menerima panggilan.
Memutuskan sambungan antara Iqua BHS-316 dan telefon anda
Cara termudah untuk memutuskan sambungan antara BHS-316 dan telefon anda adalah
dengan mematikan BHS-316.
Menyambungkan semula Iqua BHS-316 yang telah dipasangkan dengan telefon
yang serasi dengannya
Untuk menyambungkan semula Iqua BHS-316 kepada telefon terakhir yang bersambung
dengannya sebelum ini, hanya hidupkan set kepala dan ia akan bersambung kepada
telefon tersebut secara automatik.
Ada masa-masanya dimana set kepala berada di luar kawasan operasi Bluetooth
(sehingga 0 meter, cth. pengguna yang menggunakan set kepala ini berjalan menjauhi
telefon), set kepala ini akan terputus sambungan dari telefon dan pengguna akan
mendengar nada amaran dari set kepala. Sekarang, set kepala berada dalam mod "hidup
tetapi tiada sambungan Bluetooth" (lampu hijau berkelip sekali setiap 5 saat). Jika set
kepala kembali ke kawasan operasi dalam masa 10 minit, BHS-316 akan bersambung
secara automatik dengan telefon yang terakhir bersambung dengannya. Jika set kepala
berada di luar kawasan operasi lebih dari 10 minit, tekan dan tahan kedua-dua butang
Multifunction dan Volume + atau butang Multifunction dan Volume – untuk mengaktifkan
semula sambungan.
Fungsi Panggilan
Menjawab panggilan
Tekan butang Multifunction dengan ringan untuk menjawab panggilan masuk.
Menamatkan panggilan
Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan dengan ringan butang Multifunction. Anda
akan mendengar nada apabila panggilan telah ditamatkan.
Menolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan masuk yang tidak ingin dijawab, tekan butang
Multifunction sebanyak dua kali untuk menolak panggilan tersebut.
Mendail semula nombor terakhir yang didail
Tekan dan tahan butang Volume+ sehingga anda mendengar nada. Dengan sesetengah
model telefon, tekan butang Volume + sekali lagi untuk mendail nombor yang terpapar
pada telefon.
Pendailan suara (jika disokong oleh telefon)
Tekan dan tahan bebutang Volume – sehingga anda mendengar nada (Fungsi Pendailan
Suara diaktifkan di telefon), sebutkan tag suara. Sila rujuk kepada risalah panduan
pengguna telefon anda untuk butiran terperinci. Sesetengah model telefon tidak
menyokong pendailan suara.
Melaraskan kelantangan bunyi
Tekan butang Volume + untuk menguatkan bunyi. Tekan butang Volume - untuk
memperlahankan bunyi.
Bisu & nyah-bisu
Semasa panggilan, tekan dan tahan kedua-dua butang Multifunction dan Volume +
sehingga anda mendengar nada.
All manuals and user guides at all-guides.com
26
Spesifikasi Produk
Model
Iqua BHS-316
Saiz
58mm x 7.2mm x 0.7mm
Berat
0g
Masa berbual
6 jam
Masa tunggu sedia
50 jam
Masa pengecasan
Dalam 2 jam
Jenis bateri
Bateri boleh cas semula dalam
Standard Bluetooth
Bluetooth 2.0 EDR Kelas II
Profil Bluetooth Disokong
Headset 1.1 dan Handsfree 1.5
Sambungan
Titik-ke-titik
Peranti terpasang
Sehingga 8, satu dalam satu-satu masa.
Jarak Kendalian
0 meter
Julat suhu kendalian
0°C hingga 55°C
Julat suhu penyimpanan
-20°C hingga 55°C
Bertukar antara telefon & set kepala
Untuk memindahkan panggilan dari Iqua BHS-316 ke telefon anda atau sebaliknya,
tekan dan tahan kedua-dua butang Multifunction and Volume –. Anda akan mendengar
nada apabila pemindahan telah berjaya.
Memadam peranti terpasang
Iqua BHS-316 boleh dipasangkan dengan 8 peranti. Apabila ia telah dipasangkan
dengan 8 peranti, peranti ke-9 yang dipasangkan akan menggantikan peranti pertama
yang dipasangkan dengannya. Anda juga boleh memadam senarai peranti terpasang
bagi set kepala ini untuk memasangnya dengan peranti lain. Semasa set kepala hidup
tetapi tidak bersambung dengan mana-mana peranti Bluetooth, tekan dan tahan butang
Volume + selama 5 saat sehingga anda mendengar nada.
Ringkasan petunjuk lampu
Lampu LED BHS-316 boleh jadi hijau atau merah dan kebiasaannya ia disertai dengan
isyarat bunyi.
Kuasa hidup
LED hijau berkelip sekali
Kuasa mati
LED merah berkelip sekali dan kemudian mati
Kuasa hidup tetapi tiada
LED hijau berkelip sekali setiap 5 saat
sambungan Bluetooth
Sambungan aktif
LED hijau berkelip dua kali setiap 8 saat
Mod pemasangan
LED hijau dan merah berkelip berganti-ganti
Bateri lemah
Nada bateri lemah dibunyikan, LED merah berkelip-kelip.
Mengecas bateri
LED merah berkelip-kelip berterusan
Pengurusan kuasa
Produk ini dibekali kuasa oleh bateri boleh cas terbina dalam yang tidak boleh diganti.
Jangan sesekali cuba mengganti bateri. Bateri boleh cas boleh dicas dan dinyahcas
beratus-ratus kali, tetapi lama-kelamaan ia akan haus. Selepas suatu tempoh masa yang
berbeza-beza bergantung kepada keadaan penggunaannya, anda akan dapati bateri
terbina dalam ini hanya mampu membekalkan kuasa kepada peralatan anda untuk dua
jam sahaja dan ia memerlukan anda mengecasnya dengan lebih kerap lagi.
Cas peranti anda dengan menggunakan pengecas yang disediakan dalam pakej
jualan ini sahaja. Cabut palam pengecas jika tidak digunakan. Jangan biarkan peranti
bersambung kepada pengecas lebih lama daripada masa yang diperlukan, kerana
pengecasan berlebihan mungkin memendekkan jangka hayat bateri. Jika dibiarkan tidak
digunakan bateri yang tercas penuh akan menyahcas sendiri mengikut masa.
Tinggi rendah suhu yang melampau boleh menjejaskan keupayaan pengecasan bateri.
Sentiasa pastikan peranti berada dalam keadaan suhu antara 5°C dan 25°C (59°F dan
77°F). Meninggalkan peranti di dalam tempat yang panas atau sejuk seperti di dalam
kereta tertutup pada musim panas atau sejuk akan mengurangkan keupayaan dan
memendekkan jangka hayat bateri. Peranti yang baterinya panas atau sejuk mungkin
tidak dapat berfungsi seketika walaupun bateri itu tercas penuh. Prestasi bateri sangat
terhad dalam telaga suhu di bawah takat beku. Jangan cas bateri di dalam persekitaran
yang lembap.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
– Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau lembapan kerana ia tidak
kalis air.
– Jangan guna atau simpan peranti di dalam tempat yang berhabuk dan
kotor. Bahagian boleh gerak dan komponen elektroniknya boleh rosak.
– Jangan simpan peranti di tempat panas. Suhu tinggi boleh memendekkan
jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meleding atau
mencairkan sesetengah plastik.
– Jangan simpan peranti di tempat sejuk. Apabila peranti kembali ke suhu
normalnya, lembapan mungkin akan terbentuk di dalam peranti dan
merosakkan papan litar elektroniknya.
– Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar
boleh mematahkan papan litar dan bahagian mekanik halusnya.
– Jangan gunakan bahan kimia, pelarut atau bahan pencuci yang kuat untuk
membersihkan peranti ini.
– Gunakan kain yang lembut, bersih dan kering untuk membersihkan kanta-
kantanya.
– Jangan dedahkan peranti anda kepada sentuhan dengan objek tajam
kerana ini akan menyebabkan calar dan kerosakan.
– Jangan lekatkan apa-apa di bahagian dalam peranti kerana ini boleh
merosakkan komponen dalamnya.
– Jangan buka peranti atau pengecas kerana kedua-duanya tidak mempunyai
bahagian yang perlu diservis dan dengan membukanya anda mungkin
terdedah kepada voltan berbahaya atau bahaya lain.
– Bertindak mengikut undang-undang dan peraturan tempatan dan jangan
buang produk ini sebagai sebahagian daripada buangan isi rumah biasa.
Ikut sistem pungutan berasingan yang berkenaan bagi barangan elektrik
dan elektronik.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan bagi Produk IQUA saya?
Jika anda yakin anda layak mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau ganti bagi
produk IQUA anda berdasarkan hak berkanun di bawah undang-undang negara yang
boleh dikenakan berkaitan penjualan barangan konsumer atau jaminan yang diberikan
oleh wakil penjual yang telah menjual Produk IQUA ini kepada anda, sila hubungi wakil
penjual anda.
AKUAN PEMATUHAN
Kami, Iqua Ltd., mengaku di bawah tanggungjawab kami sendiri, bahawa produk ini,
BHS-316, mematuhi peruntukan-peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC. Salinan
Akuan Pematuhan ini boleh didapati di http://www.iqua.com/declaration_of_conformity
Copyright © 2008 Iqua Ltd
MY

Publicité

loading

Produits Connexes pour Iqua Essence BHS-316