Philips SatinPerfect HP6582 Mode D'emploi page 36

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 13
BaHasa MElayu
36
-
Pengepilat tepat boleh juga digunakan pada bahagian yang
sukar dicapai seperti lutut dan buku lali.
-
Atas sebab-sebab kebersihan, pengepilat, pengepilat tepat dan
Penyepit Pintar hendaklah hanya digunakan oleh seorang sahaja.
-
Untuk mengelakkan kerosakan dan kecederaan, jauhkan perkakas
yang sedang berjalan (dengan atau tanpa alat tambahan)
dari rambut, bulu kening, bulu mata, pakaian, benang, kord, berus
dan sebagainya.
-
Jangan gunakan pengepilat, pengepilat tepat dan Penyepit Pintar pada
yang terengsa atau kulit yang terdapat padanya vena varikos, ruam,
jerawat, tahi lalat (berambut) atau luka tanpa merujuk kepada doktor
anda dahulu. Mereka yang mempunyai gerak balas pertahanan yang
rendah atau bagi orang yang menghidapi diabetes melitus, hemofilia
atau imunodefisiensi juga hendaklah merujuk kepada doktor mereka
dahulu.
-
Kulit anda mungkin akan menjadi agak merah dan terengsa pada
beberapa kali penggunaan pengepilat ini. Fenomena adalah biasa
dan akan hilang dengan cepat. Semakin kerap anda menggunakannya,
kulit anda akan menjadi lebih biasa dengan proses pengepilatan ini,
kerengsaan pada kulit berkurangan dan bulu yang tumbuh
semula menjadi lebih tipis dan lembut. Jika kerengsaan tidak hilang
dalam masa tiga hari, kami syorkan agar anda merujuk kepada doktor.
-
Jangan gunakan minyak mandian apabila anda mengepilat dalam
keadaan basah, kerana ini akan menyebabkan rengsaan kulit yang
serius.
-
Jangan bersihkan pengepilat, pengepilat tepat dan Penyepit Pintar
dengan air yang lebih panas daripada suhu air pancuran (maksimum
40°C).
-
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih
melelas atau cecair agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkannya.
-
Cas, gunakan dan simpan pengepilat pada suhu antara 10°C dan
30°C.
-
Jangan lihat terus ke dalam lampu Opti pengepilat untuk mengelakkan
silauan cahayanya.
-
Jangan gunakan kepala pengepilat tanpa salah satu tudung pengepilat.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières