TEFAL BL800GAU Mode D'emploi page 33

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 1
• Jangan gunakan perkakas anda jika ia tidak beroperasi dengan betul, jika
ia telah rosak atau jika kord bekalan kuasa atau plag rosak. Untuk
mengekalkan keselamatan, bahagian ini mesti digantikan oleh pusat
perkhidmatan yang diluluskan (lihat senarai dalam buku panduan
perkhidmatan).
• Apa-apa penyelenggaraan selain daripada pembersihan rutin dan
senggaraan oleh pelanggan mesti dijalankan oleh pusat perkhidmatan
yang diluluskan.
• Jangan tenggelamkan perkakas, kord atau plag di dalam cecair.
• Kord bekalan kuasa mesti dijauhkan dari capaian kanak-kanak dan
mestilah tidak diletakkan berdekatan atau bersentuhan dengan bahagian
panas perkakas, sumber haba atau bucu tajam.
• Untuk keselamatan anda, hanya gunakan aksesori dan alat ganti yang
direka khusus untuk perkakas anda dan dijual di pusat perkhidmatan yang
diluluskan.
• Mata pisau adalah sangat tajam: kendalikannya dengan berhati-hati untuk
mengelakkan kecederaan semasa mengosongkan jag, memasang /
menceraikan mata pisau pada balang dan ketika membersihkannya.
• Jangan sekali-kali gunakan jag pengadun tanpa ramuan, atau dengan
ramuan pejal sahaja. Jangan sekali-kali tuangkan cecair yang lebih panas
daripada 80 °C ke dalam jag dan jangan sekali-kali melebihi tahap
maksimum yang disyorkan.
• Sentiasa gunakan jag pengadun dengan tudungnya (e4).
• Jangan sekali-kali buka tudungnya (e4) dan/atau jag pengadun (E)
sebelum perkakas terhenti.
• Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau apa-apa objek lain ke dalam
jag pengadun apabila perkakas berjalan.
• Jangan gunakan jag sebagai bekas untuk menyejuk beku, memasak atau
pensterilan, dsb.
• Jangan letakkan aksesori dalam ketuhar gelombang mikro.
• Jangan menggunakan peralatan anda melebihi 2.5 minit secara
berterusan.
• Letak perkakas anda pada permukaan yang stabil, kalis haba, bersih dan
kering.
• Jangan biarkan rambut panjang, skarf, tali leher, dll. tergantung atas jag
pengadun semasa perkakas beroperasi.
• Jangan sekali-kali gunakan perkakas ini untuk mengadunkan atau
mencampurkan barangan selain daripada bahan makanan.
• Untuk keselamatan anda, perkakas ini mematuhi standard dan peraturan
yang berkenaan:
- Arahan Voltan Rendah
- Keserasian Elektromagnet
- Persekitaran
- Bahan-bahan yang bersentuhan dengan makanan
30

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières