Philips HR7770 Mode D'emploi page 39

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 11
Petua
-
Jangan gunakan cakera mengemulsi untuk menyediakan adunan kek
yang menggunakan mentega atau marjerin atau untuk menguli doh.
Gunakan aksesori menguli untuk tugas ini.
-
Pastikan mangkuk dan cakera mengemulsi kering dan bebas daripada
gris apabila anda memukul putih telur. Putih telur perlu berada pada
suhu bilik.
Pengisar
Pengisar dimaksudkan untuk:
-
Membancuh cecair, cth. hasil tenusu, sos, jus buah, sup, bancuhan
minuman, minuman kocak.
-
Mencampur bahan-bahan lembut, contohnya adunan lempeng atau
mayones.
-
Memurikan bahan yang telah dimasak, contohnya, untuk menyediakan
makanan bayi.
1
Letakkan balang pengisar pada unit motor (1) dan putarkannya
mengikut arah jam untuk menetapkannya (2). Terdapat empat
kedudukan berkemungkinan untuk menetapkan pengisar pada unit
motor (Gamb. 28).
Jangan kenakan terlalu banyak tekanan pada pemegang balang pengisar.
2
Letak bahan-bahan dalam balang pengisar (Gamb. 29).
Jangan sekali-kali mengisi balang pengisar dengan bahan yang lebih panas
dari 80ºC.
Untuk mengelakkan daripada tertumpah, jangan isi balang lebih daripada
paras penunjuk maksimum, terutamanya apabila anda mengisar cecair
panas.
3
Letak tudung pada balang pengisar (1) dan putarkannya mengikut
arah jam untuk menetapkannya (2) (Gamb. 30).
4
Pilih kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori (Gamb. 12).
Jangan buka tudung untuk memasukkan tangan anda atau apa-apa objek
ke dalam balang apabila pengisar sedang berjalan.
Sentiasa biarkan perkakas menjadi sejuk ke suhu bilik setelah anda
memproses dua kelompok.
5
Apabila anda telah selesai memproses, putarkan pemilih kelajuan
pada 0 dan cabut plag perkakas (Gamb. 4).
Petua
-
Semasa perkakas sedang berjalan, anda boleh memasukkan bahan
cecair atau pepejal ke dalam balang pengisar melalui bukaan yang
terdapat pada tudung (Gamb. 31).
-
Lebih lama anda membiarkan perkakas berjalan, lebih halus hasil
kisarannya.
-
Potong bahan pepejal terlebih dahulu supaya menjadi ketulan kecil
sebelum anda memasukkannya ke dalam balang pengisar. Jika anda
ingin menyediakan kuantiti yang besar, proses kelompok bahan yang
kecil daripada cuba memproses kuantiti yang besar sekali gus.
-
Untuk menghancurkan kiub ais, masukkan kiub ke dalam balang,
letakkan tudung dan putarkan pemilih kelajuan kepada P (kedudukan
denyut).
-
Sesetengah bahan, cth. buahan, lebih mudah dikisar jika anda
menambah sedikit cecair cthnya jus lemon.
-
Apabila anda mengisar sup, guna bahan yang telah dimasak.
-
Jika anda tidak berpuas hati dengan hasilnya, biar perkakas berjalan
sebentar beberapa kali dengan memutarkan pemilih kelajuan kepada
P (kedudukan denyut). Anda boleh juga cuba mendapatkan hasil lebih
baik dengan mengacau bahan dengan menggunakan spatula (bukan
semasa pengisar sedang berjalan), atau dengan menuangkan keluar
sedikit kandungan supaya anda memproses jumlah yang lebih sedikit.
-
Apabila anda memproses cecair yang panas atau mudah berbuih
(contohnya susu), jangan masukkan lebih daripada 500ml ke dalam
balang pengisar untuk mengelakkan ia tertumpah.
-
Jika makanan melekat pada dinding balang pengisar, matikan perkakas
dan cabut plagnya. Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan
makanan tersebut dari dinding.
BaHasa MElayu
39

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières