Philips ErgoFit FC9269 Mode D'emploi page 57

Masquer les pouces Voir aussi pour ErgoFit FC9269:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 25
3
Untuk menanggalkan pemegang aksesori, picit tuil pelepas bersama-sama (1) dan luncurkan
pemegang aksesori daripada gegenggam tangan (2) (Gamb. 14).
Muncung ceruk, muncung kecil dan alat tambahan berus
1
Sambungkan alat ceruk (1) atau muncung kecil (2) sama ada dengan atau tanpa alat tambahan
berus secara langsung pada gegenggam tangan standard atau kepada tiub (Gamb. 15).
alat tambahan berus
1
Untuk memasang alat tambahan berus, luncurkannya ke atas bahagian bawah muncung kecil
('klik') (Gamb. 16).
2
Untuk menanggalkan alat tambahan berus, luncurkannya daripada bahagian bawah muncung
kecil.
Muncung tri-active
1
Gunakan tetapan lantai keras untuk membersihkan lantai keras (seperti lantai berjubin, parket,
berlamina atau berlinoleum): tolak suis rocker pada bahagian atas muncung menggunakan kaki
anda agar jalur berus keluar daripada perumah. Pada masa yang sama, roda akan terangkat
untuk mengelakkan calar dan agar ia lebih mudah untuk dikendalikan (Gamb. 17).
2
Gunakan tetapan permaidani untuk membersihkan permaidani: tolak suis rocker sekali lagi
agar jalur berus hilang ke dalam perumah muncung. Roda akan diturunkan secara
automatik (Gamb. 18).
pengendalian kawalan jauh
-
Alat kawalan jauh mempunyai tiga butang (jenis tertentu sahaja) atau empat butang (jenis
tertentu sahaja) yang dengannya anda mengendalikan pembersih vakum.
-
Lampu aktif inframerah berkelip apabila anda menekan butang pada alat kawalan
jauh. (Gamb. 19)
Menggunakan perkakas
1
Tarik kord keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.
2
Tekan butang hidup/mati pada bahagian atas perkakas untuk menghidupkan
perkakas (Gamb. 20).
Petua: Untuk mengelakkan membongkokkan belakang anda, tekan butang hidup/mati dengan kaki
anda.
Pembersih vakum mula beroperasi pada paras kuasa sedutan paling tinggi.
,
3
Untuk mematikan perkakas, tekan butang hidup/mati di bahagian atas perkakas atau butang
siap sedia pada alat kawalan jauh.
Melaraskan kuasa sedutan
1
Semasa memvakum, anda boleh melaraskan paras kuasa sedutan menggunakan butang – dan +
pada alat kawalan jauh.
-
Gunakan kuasa sedutan maksimum untuk memvakum permaidani yang sangat kotor dan lantai
keras.
-
Gunakan kuasa sedutan minimum untuk memvakum langsir, alas meja dsb.
Berhenti sebentar semasa penggunaan
1
Jika anda hendak menjeda seketika, tekan butang siap sedia pada alat kawalan jauh untuk
mematikan perkakas buat sementara.
Bahasa MElayu
57

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières