Table des Matières

Publicité

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Perinci SalonStraight Philips yang baru memberi hasil pendandanan
profesional yang tahan lama. Plat direka bentuk khas untuk mendandan
gaya rambut yang lebih pendek dan berlapis. Suhu
pendandanan profesional bergabung dengan plat ultra licin untuk
memastikan hasil yang tahan lama.
Untuk memanfaatkan sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (gamb. 1)
a Plat bersalut seramik
B Lampu penghidup kuasa
C Suis hidup/mati
d Lengan sarung keras (tiada ilustrasi)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya berdekatan atau di atas
air yang bertakung di dalam tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila
digunakan di dalam bilik air, cabut plag perkakas selepas digunakan. Air
yang berdekatan merupakan risiko biar pun perkakas sudah
dimatikan (Gamb. 2).
amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
-
Periksa dengan kerap keadaan kord utama. Jangan gunakan perkakas
jika plag, kord utama atau perkakas rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.

BaHasa MElayu

1

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Hp8331/07Hp8331/01

Table des Matières