Ikut arahan ini apabila melaraskan ketinggian
meja:
1. Masukkan kunci keselamatan dalam soket pada
kawalan tangan.
2. Pastikan tiada objek yang menghalang laluan
pelarasan ketinggian meja.
3. Untuk melaraskan meja ke atas/bawah, tekan
butang kendali dengan anak panah menunjuk ke
atas/bawah/.
Peraturan keselamatan
• Apabila meja dinaikkan/diturunkan, kekalkan
jarak keselamatan yang perlu untuk mengelakkan
risiko tersepit di antara permukaan atas meja
yang bergerak dan objek tetap dalam kawasan
persekitaran.
• Apabila meja dinaikkan/diturunkan pengguna
harus berhati-hati agar tiada orang tercedera
atau tiada objek yang rosak. Permukaan atas
meja mestilah tidak terkena objek yang tetap
agar meja ini tidak terbalik. Sentiasa alihkan
sebarang kerusi pejabat sebelum meja dinaikkan/
diturunkan.
• Apabila meja dibiarkan tanpa pengawasan, kunci
keselamatan mesti dialihkan daripada kawalan
tangan dan diletakkan jauh daripada kanak-
kanak.
• Tripod meja mestilah tidak diubahsuai atau dibina
semula dalam apa jua cara sekalipun. Ketika
meja diservis atau dibaiki, kabel elektrik mestilah
sentiasa dicabut sambungannya dari soket
dinding.
• Pengubahsuaian kotak kawalan adalah dilarang
sama sekali!— Meja ini mestilah tidak digunakan
sebagai alat untuk mengangkat orang.
Penyenggaraan dan arahan pembaikkan
• Selepas kira-kira 1 minggu penggunaan, periksa
jika skru diketatkan dengan betul.
• Jika meja tidak boleh direndahkan atau
ditinggikan, periksa sambungan antara kaki dan
soket dinding dan pastikan kunci keselamatan
dimasukkan ke dalam kawalan tangan.
• Jika sebarang bahagian sistem elektrik diganti,
kabel elektrik mesti dicabut daripada soket
dinding. Gantikan bahagian elektrik dan
kemudian sambung kabel elektrik kepada soket
dinding. Meja kini sedia untuk digunakan.
Jika meja masih tidak berfungsi, sila hubungi
gedung IKEA terdekat anda atau perkhidmatan
pelanggan.
Pengisytiharan Pematuhan EU disertakan di dalam
pembungkusan sebagai dokumen berasingan.
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
No. telefon: +46(0)476-648500
SIMPAN ARAHAN INI
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
71